Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

8 kegunaan laen laptop yg patut kita cuba.

wat skop sampah pun buleh...

wat bangku tggu komuter buleh...

wat tutup muke utk tido pun buleh (cerah harapan utk dirembat ne)...

wat kopak kulit buah kekeras buleh...


jd perangkap tikus buleh...

aaa.. aktiviti yg aku ske, bantai lalat...

ne pun aku ske.. maen pingpong.. mmm..

apapun ini yg paling aku ske... jimat gas kt dapur..

>
>
>


Macammana la diorang buat ni!!!!



Jambatan dan Rumah di Puncak Gunung

Sebenarnya aku teruja dan terpegun, macamana diaorang buat benda ni kt
puncak gunung mcm ni..... nak guna kren bukan senang nak bw naik, berat2
lak tu.... guna jin ke makhluk asing hah.
Tgk yg aku bulatkan tu.... adusssssssss tinggi sungguh, pas tu close up kt bawah.... menakjubkan!!!!!!







Ni la bendanya kt puncak tu......

========================

Jangan Menyesal..



Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.

KECANTIKAN yang sebenarnya buat wanita






Untuk membentuk bibir yang menawan, Ucapkan kata-kata kebaikan.
Untuk mendapat mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpa.
Untuk mendapat bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan kepada mereka yang kelaparan.
Untuk mendapat rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak pernah berjalan sendirian. Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni.
Jadi, jangan sesekali kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semua itu. Ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan sentiasa ada tangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan. Satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu untu menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambut.
Kecantikan wanita terletak pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana matanya terletak gerbang menuju setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang penuh dengan kasih, memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

p/s:  Kadang2 Kecantikan wajah gadis/wanita dimata lelaki adalah terletak pada keadaan mood nya jg.

cinta seekor cicak

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.


Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.


Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!


Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!


Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.


Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.


Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.


Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.


JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!! 

 

Tukul Besi Tertusuk Di Dahi (18SG)

Yuan Dongjiang berada dalam keadaan kesakitan dengan tukul besi tertusuk di dalam dahi dan soket mata kirinya ketika sedang membuka bumbung sebuah gudang di Nanning, wilayah selatan China Guangxi.

Pekerja berusia 40 tahun itu bekerja di tapak pembinaan dengan beberapa pekerja-pekerja lain ketika kemalangan itu terjadi.

Walaupun tukul besi itu tertusuk di dalam mukanya, Yuan masih sedar apabila beliau tiba di hospital itu dan boleh berfikir dengan jelas.

Sinaran X-ray menunjukkan tukul besi itu tertolak ke dalam dahi dan matanya, tetapi mujurlah ia tidak merosakkan matanya.

Doktor berjaya membuang tukul besi itu dan Yuan pada masa ini sedang pulih di hospital.

Sumber : www.metro.co.uk

ITU LAH SAPA SURUH..BALIK MALAM-MALAM -seram

Peristiwa ini berlaku beberapa hari sebelum bulan Ramadhan yang baru ini.

Kesah ini berlaku keatas aku, pada hari Khamis malam jumaat, tak yah lah aku beritahu tarikhnya. Aku memang suka melepak sehingga tengah malam dikebun aku untuk mencari ketenangan. Aku tenguk jam tangan kecil dan comel yang aku pakai milik seseorang. Malam dah agak lewat, hampir 12.00 tengahmalam. Aku terpaksa pulang sebab esuknya ada kerja yang wajib aku tunaikan.

Aku redah semak-semak dilaluan keluar kebun untuk aku mendapatkan kereta aku dihujung titi. Namun aku tidak pedulikan bunyi-bunyi unggas malam dan kekadang bunyi salakan anjing yang datang dari kandang lembu sebelah kebun ku itu.

Sesampai sahaja dikereta, aku keluarkan kunci kereta dari poket seluarku dan membuka pintu kereta lantas aku masuk dan menghidupkan enjin kereta. Sebelum aku memandu, doa memandu aku panjatkan kehadrat Illahi bersama selawat keatas nabi SAW. Aku terus memandu, sesampai dihujung simpang ke jalan besar ada terdapat sebuah pondok hentian bas. Aku amati seperti ada seseorang yang sedang duduk disitu. Aku berdebar dan bulu-bulu roma ku meremang. Namun ku gagahi juga untuk menekan minyak.

Sesampai disimpang tersebut, tetiba seseorang yang berpakaian  berputih bangun dari hentian bas itu dan menahan aku. Aku tersentak dan terkejut lalu menekan brek kereta. Alhamdullilah, dengan tidak sengaja aku terucap perkataan itu kerana aku dapat memberhentikan kereta aku dan tidak melanggarnya. Rupanya seorang gadis yang berdiri dihadapan kereta aku sambil menjinjing beg pakaian. Aku amati dan akhirnya, perempuan tersebut datang kesisi kereta ku lantas bertanya, “bang, boleh tolong saya?”

Dalam aku takut, ada perasaan simpati didalam hati aku. “Kemanalah dia nak pergi malam-malam nih”, hati aku tertanya-tanya sendiri.”Abang, tolonglah saya, hantarkan saya ke Hospital Kajang, ayah saya sakit tenat, saya bergaduh dengan boyfriend saya tadi lantas dia tinggalkan saya disini.”Dia menyambung lagi, “bang saya sanggup bayar berapa sahaja yang abang nak.”

Belum sempat aku menjawab, perempuan yang aku lihat begitu cantik juga dari samar-samar cahaya jalan terus masuk kedalam kereta ku dibahagian hadapan penumpang dan menguncikan pintu kereta. Aku menjadi gelabah dan takut. Nak aku suruh dia keluar balik dari kereta aku kasihan. Akhirnya aku membisu dan terus memandu. Jantung ku berdegup laju. Aku ketakutan. Takut-takut aku diperangkap oleh penjenayah yang hendak menyamun aku. “Tapi aku mana lah ada wang yang banyak”, bisik hati ku. Takut juga tetiba nanti aku pula didakwa merogol sigadis manis ini. Aku cuba menepis segala wasangka. Aku Cuma mahu membantunya itu sahaja yang aku simpan didalam hati. Yang sangat herannya kenapalah gadis ini boleh berada dihentian bas diwaktu malam-malam begini seorang diri.

Dalam perjalanan ke hospital kajang aku membisu seribu bahasa. Begitu juga dengan sigadis itu.

Tetiba, aku mula berasa seram dan meremang bulu roma bila aku melintasi kubur di Sungai Tangkas. Bau wangian menusuk-nusuk didalam hidungku. Aku mula membaca apa-apa ayat suci yang terlintas didalam kepala ku. Peluh mula membasahi dahi dan tubuh badan ku. Tidak terasa lagi penghawa dingin yang aku pasang. Aku makin tidak tenang. Gadis itu kelihatan agak bersinar bila kereta aku bertembung dengan kereta lain yang datang dari hadapan. Fikiran aku mula bercelaru. Inikah hantu yang selalu mereka ceritakan pada aku? Aku bertambah gabrah...

Aku cuba memberanikan diri dengan mencuri-curi pandang ke arah gadis tersebut. Tetapi di sedari oleh gadis tersebut. Gadis tersebut membalas pandang dengan senyuman dan menampakkan giginya yang putih bersih. Ditambah lagi dengan baju yang dipakainya, putih dan bersih.

Lalu aku memberanikan diri dan bertanya dengan sigadis tersebut, “kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?”

Lalu dia menjawab, “ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat..” “Saya ada kelas Yasin… tetiba hospital talipun beritahu ayah saya sedang nazak dan tenat”.

“Tapi, kenapa putihnya lain macam jer, tak pernah pun saya tenguk atau terjumpa,” tanya aku lagi untuk menghilangkan rasa takut yang amat sangat walaupun suara yang keluar dari mulut ku amat ketara terketar-ketar.

“Apa yang lainnya… sama ajekan. Eh, betul ke tak pernah tenguk atau jumpa?”, Jawapnya sigadis selamba.

“Eyea, lain macam aje, seram pulak saya dibuatnya,” jawab ku lagi. “Ehh, takkan sampai nak seram…,” lalu sigadis menyambung lagi….
        
 
 
“PAKAI AJE LE BREEZE COLOUR BARU!!!!

Budak Kena Sembelih (18SG)


2010/08/24 (BH)
KOTA BHARU: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi

Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu.

Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Hambanya..

Bila kita memandang segalanya dari Tuhan kita, yang mencipta segalanya, yang menampakkan ujian, yang menjadikan sakit hati kita, yang membuatkan keinginan kita terhalang serta menyusahkan hidup kita pasti akan damailah hati kita kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidup kita, retaknya hati kita, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya. Keindahan dunia ini pula tidak akan kekal bagi pemiliknya dan kesulitan yang ada bukanlah suatu harga yang mati. tapi masing-masing dari keduanya mempunyai masa tersendiri yang pasti akan berlaku dan semua yang kita alami terasa mimpi di siang hari. Juga setiap sesuatu perkara yang kita inginkan bukanlah suatu yang terbaik bagi kita tapi suatu yang kita tak inginkan itulah mungkin yang terbaik bagi kita .. "



Boleh jadi perkara yang kita tidak suka itu baik untuk kita






Kadang-kadang apa yang kita nak, apa yang kita mahu tak akan sama dengan apa yang kita impikan. Kita minta yang lain, tapi Allah beri sesuatu yang lain. Hakikatnya, kita semua mesti mahukan yang terbaik dalam semua hal. tapi kita ni siapa? cuma seorang insan dan hamba yang kerdil di hadapanNya. Yelah.. Hamba mana yang tak pernah di uji olehNya. Oleh sebab itulah kita sebagai hambanya kena yakin Allah yang menciptakan kita maka Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya. Sayangnya, kita tak pernah nak bersyukur apa yang dah diberikan. Cepat sangat merungut. Namun sudah lumrah, manusia yang dicipta memang bersifat suka mengeluh.



Saya sendiri berharap dapat sentiasa yakin dengan sabda Rasulullah s.a.w ini :
“Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan.”(Riwayat Bukhari).



Ya.. saya berharap ianya dapat menjadikan hati yang lemah ini menjadi kembali kuat. Bila di uji, Allah sememangnya bukan tidak sayangkan kita tapi sebenarnya Dia sedang merancang sesuatu yang baik untuk kita. Tak dinafikan kita manusia yang lemah yang terkadang bila di uji, kita rasakan seperti yang kita tak mampu untuk memikulnya. Yang sebenarnya ketika itu lah kita sepatutnya sedar, Allah sedang bentangkan luas jalan untuk kita kembali kepadaNya. Carilah masa untuk kita sujud lama-lama. Mohonlah apa saja daripada Allah s.w.t. InsyaAllah Dia pasti makbulkan.





Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.”

Tv n Radio Online