Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Jom tengok macam mana dorang sembunyikan gajah...




Hehehe...macam-macam hal... :D

Cinta Sebelum dan Selepas Kahwin


CINTA :

(sebelum kahwin)



C = cubit kiri, kanan rasa.

I = impian indah ibarat syurga.

N = nikah impian utama.

T = taat setia membawa bahagia.

A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)



C = cuka yang dituang pada luka.

I = iblis yang merosak minda.

N = nafsu semata-mata.

T = tuba yang dibalas semula.

A = api dalam neraka.


KASIH :

(sebelum kahwin)



K = kongsi semua suka duka.

A = abang adik, ayang anja.

S = sumpah janji di bibir sentiasa.

I = istana bahagia dah dicipta.

H = hatiku hatimu jua.



(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.

A = abuk pun tara, nak makan apa??



S = simpati langsung tak ada.

I = ironi membakar jiwa.

H = hidup mati sama je.



SAYANG :

(sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

 N = nak itu, nak ini... mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)



S = salah sikit kiamat dunia.

A = air tak sedap, basahlah mata.

Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.

N = nak dilawan, digelar derhaka.

G = gaduh sampai lebam.



HATI :

(sebelum kahwin)



H = hanya dikau yang daku cinta.

A = air paip pun manis macam gula.

T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = igauan indah tak terkira.



 (selepas kahwin)



H = hantu jembalang lagi sempurna.

A = air mata jadi teman setia.

T = tempat mengadu dah tak ada.

I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat

macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...



C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama

I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)

N- Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan

T- Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang

A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga

p/s: tp jgn ingat semua cam gini............

Peruntuh Masjid akhirnya Peluk Islam

Peruntuh Masjid Peluk Islam



BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya , India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.
http://www.indonesiaindonesia.com/imagehosting/images/19713/1_perobohan_mesjid_babri.jpg
Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ' suci ' untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

 

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.

Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan "Ram! Ram!" sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.



Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ' kejahatan ' beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah
mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.



Kuasa Allah

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat
besar.

Mungkin dengan keluar dari India , Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara
http://203.142.6.171/utusan/c.php?c=1&t=http://www.kosmo.com.my
khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India , kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ' baru ' yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

"Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.

"Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan," ujarnya sayu.

bahaya memandu smbil mengunakan tel bimbit- 18SG

Berbagai-bagai kisah anti Yahudi


Oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Isu keganasan Israel di Gaza semakin pudar sedikit demi sedikit. Kebencian terhadap Yahudi yang bermusim tidak akan dapat menggerakkan perjuangan menentangnya secara konsisten. Mari kita imbau kisah-kisah boikot Yahudi di bawah ini. Cari yang tersirat di sebalik kisah yang mudah-mudah ini:

BARU NAK BOIKOT

Saya benar-benar tersentuh mendengar perbualan anak jiran baru-baru ini.

“Jom kita makan …..*** (menyebut satu jenama ayam goreng yang terkenal)” kata si adik yang berumur lima tahun.

“Tak bolehlah, emak kata itu Yahudi punya,” jawab si kakak.

Si adik diam.

Saya yang berada di sebelah mereka berkata kepada si adik, “nak makan ***?” Sengaja menguji.
“Tak mahulah Pak Cik itu kan Yahudi,” jawab si adik. Sah, “tarbiah” si kakak berkesan.

Itulah antara perbualan kecil yang disuarakan oleh “orang kecil”. Namun jika difikirkan dalam-dalam, ia memberi impak yang besar dalam agenda perjuangan ummah. Saya percaya ada banyak lagi perbualan yang seumpamanya dalam masyarakat Islam akhir-akhir ini. Suara kebencian. Suara kemarahan terhadap Yahudi laknatullah.

Jika momentum seperti itu terus ditingkatkan dalam masyarakat, insya-Allah akan bangun satu generasi baru di kalangan ummah yang benar-benar bencikan Yahudi. Bayangkan kalau sebelum ini anak-anak yang kecil umat Islam sudah dapat terbiasa menghafal nama-nama produk yang ada kaitannya dengan Yahudi bahkan gemar “menikmatinya”, kini satu pusingan U berlaku, yang mana mereka mula membencinya. Yang penting bukan produk keluarannya sahaja tetapi kebencian terhadap Yahudi itu sendiri yang lebih utama!


TAK MAHU BOIKOT

“Tak praktikal…”

“Mengapa?” tanya saya.

“Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?” jawab dengan satu soalan.

Saya terdiam. Ada logiknya.

“Kita belum kuat. Jangan cari penyakit…” tambahnya lagi.

“Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian terhadap Zionis?” kata saya.

“Perlukah kebencian dilahirkan?”

“Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?”

Dia pula yang diam.

“Kalau awak tidak setuju kempen boikot produk Yahudi ni… Ada cara lain?”

“Kita tak boleh buat apa-apa,” ujarnya selamba.

Sikap in-aktifnya itu mengingatkan saya pada satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV oleh seorang Ustaz Zamri “mantop” satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim AS dibakar oleh raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.
Perbuatan buruk kecil itu ditertawakan oleh burung-burung besar yang lebih besar.

“Apa gunanya air yang setitis itu?” burung besar menyindir.

“Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim,” jawab burung kecil.

“Ha, ha… usaha yang sia-sia. Masakan api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?” ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?

Jawapannya begini:

“Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu…”
Mendengar jawapan burung kecil, sekalian burung yang besar terdiam. Ya, kalau kita hanya umpama “si burung kecil” dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi… siramlah walau “setitis air” untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.


TAK MAMPU NAK BOIKOT

“Lebih baik boikot hedonisme,” kata seorang sahabat rapat saya seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

“Mengapa?”

“Hampir semua budaya hedonisme ditaja dan didalangi oleh Yahudi.”

Saya terdiam. Ada benarnya kata sahabat saya itu. Tentu dia sudah membuat kajian dan penerokaan.

“Kerosakan oleh hedonisme lebih dahsyat daripada sebotol minuman dan sepotong ayam goreng,” katanya bersemangat.

Sekali lagi saya mengangguk-angguk. Filem, lagu, fesyen, muzik yang bertentangan syariat sangat dekat dengan kehidupan umat Islam masa kini. Sedar tidak sedar, kita adalah pengguna terbesar produk hedonisme Yahudi.

“Tapi langkah ini susah sedikit. Hampir setiap masa umat Islam “menikmati” lagu-lagu dan filem sebegitu,” ujar saya perlahan.

“Susah? Kalau nak lawan Yahudi kenalah susah. Mana lebih susah, umat Islam Palestin yang sedang bermandi darah atau kita yang hanya perlu menutup telinga dan mata daripada produk hedonisme Yahudi?”

Saya tersenyum sinis melihat bagaimana ada kalanya agenda hedonisme diuar-uarkan kononnya untuk menentang Zionis. Aktiviti hiburan keterlaluan, pendedahan aurat dan pergaulan bebas dijadikan wadah untuk memerangi Yahudi padahal itu semua adalah cara hidup yang memang “disukai” oleh Yahudi.

Ramai yang tidak sedar bahawa Yahudi adalah penaja kepada budaya pendedahan aurat dan pergaulan bebas dunia masa kini. Mereka bukan sahaja meraih keuntungan komers*** bahkan berjaya meruntuhkan semangat jihad remaja Islam menerusi produk-produk hedonisme itu. Saya setuju benar dengan pandangannya. Dan saya lihat dia benar-benar mempraktikkan cakap-cakapnya. Syabas!


DAH LAMA BOIKOT

Saya lihat wajahnya selamba. Seolah-olah begitu naif. Imam masjid itu benar-benar mengejutkan saya. Soalan yang diajukan kepadanya sangat gah. Ingin mendengar soalan itu? Ya, ini soalannya:
“Apakah peranan Imam seperti anda dalam usaha memboikot Yahudi?”

“Saya dah lama boikot,” jawabnya pendek.

“Sejak bila?”

“60 tahun lalu!”

Biar betul imam ni. Zionis baru sahaja mengganas awal Januari 2009. Dia pula mendakwa sudah mula memboikot Yahudi sejak 60 tahun yang lalu. Negara Israel itu pun baru wujud pada tahun 1948.
“Israel pun baru wujud 51 tahun yang lalu,” saya seolah-olah mengingatkan.

Imam itu senyum lalu berkata,” tetapi Al-Quran sudah menjelaskan permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah 1400 tahun yang lalu. Sejak Al-Quran diturunkan!”

Saya benar-benar terkejut. Terkesima. Ini bukan sebarang Imam. Saya bertanya lagi, “kalau begitu kenapa tuan katakan sejak 60 tahun?”

Imam itu masih tersenyum. Kali ini dengan lebih serius dia berkata, “saya anak Tok Guru Pondok. Sejak berumur 10 tahun, Almarhum ayah telah mendidik dengan al-Quran. Saya masih ingat, pesan ayah ketika mentafsirkan ayat-ayat Quran berkaitan dengan Yahudi… Yahudi itu musuh Islam. Kena lawan mereka habis-habisan!”

Belum sempat saya bertanya, dia menyambung bicaranya, “saya tanyakan ayah macam mana melawan Yahudi?”

Ya, itulah juga soalan yang ingin saya tanyakan kepadanya.

“Hidup ikut syariat Islam. Jaga akidah. Jaga akhlak. Hidup cara Islam itulah kaedah melawan Yahudi. Jadi, saya dah lama boikot Yahudi ni…”

Ya, saya dapati di pondok pengajian bersebelahan masjid tempat dia menjadi imam, tidak ada ubat gigi, ayam goreng, CD, VCD, kopi dan lain-lain produk yang tersenarai sebagai produk berkaitan Yahudi. Remaja lelaki dan wanitanya tidak mendedahkan aurat. Tidak ada pergaulan bebas. Ayat-ayat Quran dan zikir sentiasa berkumandang melalui corong pembesar suara di masjid dan celah-celah rumah berhampiran. Dia dan “daerah” itu telah lama memboikot cara hidup Yahudi!

Ya Allah ..aku bersyukur ..kerana engkau jadikan aku seorang...wanita.

 
Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku – seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi
Namun
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian
Putera-puteranya di medan jihad :
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan
Kecintaan padaMu Ya Ilahi

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……. 


 

TONTON LAH MOGA ADA MANFAAT....

Tangisan...seorang isteri

 
Sahabat...

Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat
menahannya lagi...

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal
bersamamu sepanjang hidupmu..


Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang
dulu, selamanya!

Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan oanrg yang
sangat dia sayangi,dia akan menjadi lemah!

Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat
menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGO nya.

Wahai suami2,jika seorang istri pernah menangis keranamu,tolong pegang
tangannya dengan penuh pengertian.

Karena dia adalah orang yang akan tetap
bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...

Wahai suami2,jika seorang istri menangis karenamu, tolong jangan menyia
nyiakannya. Mungkin,kerana keputusanmu, kau merusak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh
kedalam matanya.Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang
dirasakannya ?

Tv n Radio Online