Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Sesuatu yg perlu kita .... ....tauladani


KISAH SITUKANG KAYU

KISAH LELAKI TUA DENGAN 3 ANAKNYA



Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi
makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana
tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.



Moral :

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima .

Mahalnya seorang kawan

1)   kawan tu bkn mcm main FUTSAL...
Mula-mula kejar...
dah dapat sepak....
 
2)  kawan tu bkn mcm main SKATE...
Mula-mula gosok...
lepas tu pijak....
 
3)  kawan tu bkn mcm main RAGBI...
      Mula-mula tangkap...
dah dapat tendang...
 
4)  kawan tu bknnya mcm PAMPERS...
dah pakai..,
buang...
 
5)  kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS...
Waktu baru beli pakai...
dah sengkek gadai...
 
6)  kawan tu bkn mcm PELANGI....
Hari cerah takde...
hujan gerimis baru muncul...
 
7)  kawan tu bkn mcm KERETA...
      Rosak sikit..,
jual...
ambik kereta baru...
 
8)  kawan tu bkn mcm CHIPSMORE...
kejap ade…..
kejap takde...
 
9)  kawan tu bkn mcm BANK...
Bila dah takde duit..,
pegi kat sana ambik...
 
10) lagi..... kawan tu mcm ape ye????
 
Haa... kawan tu mcm AWAK LA . . .
bila saya hantar msg,
awak akan baca msg saya dgn teliti sampai
habis....dan tersenyum2...

 
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan...
bagi saya, kawan tu penting.
 
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.
 
Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.
 
Yang penting.., seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya... :)      
 
 
he...he..he  -  

Kekejaman yang sudah melampaui batas......

Lihatlah sahabat-sahabatku....apakah salah bayi yang tidak berdosa ini..? Sehingga diperlakukan dengan kejam..sebegini...???????


Bayi ini bagaikan bekorban untuk melindungi ibunya...itulah yg berlaku menunujukkan betapa kejam tentera Israel yg sanggup menembak seorang ibu yang sedang hamil.mereka bagaikan sudah hilang sifat perikemanusiaan....


Harta dunia...milik siapa ...??

 NELAYAN MUKMIN vs NELAYAN KAFIR


Mungkin cerita ini dapat memberi sedikit panduan pada kita..walaupun ada yg sudah mengetahui...apa salahnya anda memberi pendapat pada cerita yg kita baca dibawah nie

Jom tengok mendulang emas di Congo

Gold .. symbol of power, wealth and fame .. We all think it’s easy to get to the gold and that it is easy to dig. We
are right because the excavation of one gram of gold to be tons and tons
of earth and stone. Long process to the final great product, has the
kinds of processes and process .. But there is one other system of
removing the gold less known to us and to work for a long time in low
economically developed countries, but rich in gold, like Congo.Process
getting gold in the Congo, is something difficult that can be
experienced in life.Not only difficult but also incredibly dirty and
very poorly paid wage job.Montly sallery of gold digger in Congo is
measured in a few dollars is not enough even for basic needs.But in hard
life there is not many choices,especially in Congo.



Rahsia telifon bimbit anda ketika kecemasan


1. NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah sama iaitu 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus di dail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (keypad lock).


2. KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci kereta bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# '. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.


4. TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri? Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Tv n Radio Online