Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Ibu Sarat Mengandung Dihempap Kren




kejadian yang belaku dekat Kulim -tech baru2 nie........... 
 
Allah mmg akan melindung umatnyer jika die menghendaki nyer. Subhanallah………….  
 Bermulalah kisah......
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila
menyaksikan kejadian ini....
Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan
sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui
jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...

Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....


Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...
Gen2 juga di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...
Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap......Sebuah kereta wira
terperosok dibawah kren...


 
Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang
sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.....
Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.....
MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH.....

Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu
berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada
ALLAH yang MAHA KUASA....



Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......
Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........

Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......
Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada
cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....


Berbincang bagaimana nak mengeluarkan...pemandu kereta itu..

 

 

Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......

Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...


 
Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri
agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat

Pihal Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!


 

Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....

" YA ALLAH......"

Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta
Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...



 

AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...


 

 

Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"


 

Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan
Si Ibu selamat


Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi
" Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah...


 



 

Allah....Hu...Akhbar........

Bila-suami tiba-tiba menjadi isteri

Kisah Suami Tiba-Tiba Bertukar Jadi Isteri


Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam…..

Mat berdoa: “Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah”

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur… dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps… belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur… tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,”Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu… Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja”

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata, “Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali…”

WHAT? 9 bulan 10 hari?
BERANAK?…. Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!

(JENG JENG JENG…..)

“Bang, bang….. Abangggg….. apasal niii……??”

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya, “Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami?”

“Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni? Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami…. Apalah punya lawak pagi-pagi buta ni….”

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah… Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh…. Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…..
———-
MORAL: Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai… so korang suami-suami di luar sane mahupun di dalam sini… hargai la isteri korang….

Berguling Atas Duri - Ada berani?

Hayo siapa yang mo ikutan???
 
 
 >
 
 
 
 >
 
 
 
 
 
 >
 
 
 
 
 
>
 
 
 
 
>
Pertunjukan Mengerikan (Foto)

Pertunjukan Mengerikan (Foto)

Pertunjukan Mengerikan (Foto)

Pertunjukan Mengerikan (Foto)

Pertunjukan Mengerikan (Foto)

Pertunjukan Mengerikan (Foto)

Pertunjukan Mengerikan (Foto)

Pertunjukan Mengerikan (Foto)

Pertunjukan Mengerikan (Foto)

Pertunjukan Mengerikan (Foto)

Pertunjukan Mengerikan (Foto)

Pertunjukan Mengerikan (Foto)

Ibu Rebus Tangan Anak Sendiri (18SG)

Seorang ibu yang agak tension kerana anaknya tak habis-habis menangis
terus merendam tangan anaknya dalam air yang mendidih. Amacam, ganas tak
kalau dapat mak camni? Bersyukurlah dengan ibu anda yang sedia ada.
Kalau dah tak reti jaga anak, kenapa beranak betul tak?




Jangan jadi suami dayus

Pagi ini, saya tiba awal di pejabat, belum pukul lapan, dah tercongok di depan pintu. Awal lagi, perut pun belum diisi, terasa pulak nak makan roti canai telur, sedap tu bila kena dengan teh tarik. Gerai mamak di seberang jalan saya kunjungi. Ketika menunggu pesanan, terdengar dua suara wanita dan satu suara lelaki di belakang. Bila diteliti, rupa-rupanya mereka membincangkan tentang ceraka Natasya. Satu suara wanita, meluahkan rasa tidak suka dengan sikap ibu saudara Natasya yang katanya terlalu kasar dan biadap dengan suami. Sambut satu suara wanita lagi, katanya, tindakan sebegitu ada tikanya perlu supaya suami tak naik tocang. Mencelah pulak suara lelaki, memang nada tak puas hati dengan kata-kata, yang saya rasa, mungkin rakan sekerjanya itu… Amboii!! Tocang lelaki jer yang kau fikir, tocang isteri lagi tinggi dari tocang suami tau!!


Saya tergelak… kalau rambut si isteri lebih panjang, memang sah ler tocangnya lebih tinggi! Itu hakikat dari pandangan fizikal. Sebenarnya, panjang atau pendeknya rambut bukan penentu tinggi rendahnya tocang. Saya yakin, para pembaca semua faham maksud kiasan saya ini. Sebenarnya, jika berkesempatan, saya juga mengikuti cereka Natasya. Saya turut sependapat dengan wanita pertama tadi, sebagai seorang isteri, memang tidak wajar ibu saudara Natasya bersikap sedemikian. Paling tidak wajar juga, bapa saudara Natasya membiarkan isterinya memperlakukannya sedemikian. Inilah punca sebenar kenapa isteri berterusan bersikap biadap dan kurang ajar terhadap suami. Mungkin pada awalnya sekadar meninggikan suara. Lama-kelamaan, bercakap dalam nada yang tinggi malah herdikan dan pekikan seperti satu kebiasaan.


Di sinilah suami wajar dan perlu memainkan peranan. Sebagai ketua keluarga, suami perlu menegur kesilapan isteri. Seorang isteri yang lupa (saya gunakan istilah lupa kerana secara rasionalnya, semua isteri mengetahui bahawa suami adalah insan yang perlu dihormati) perlu diingatkan oleh suami tentang tanggungjawab dan kewajipan mereka. Tanggungjawab seorang isteri adalah menghormati suami, melayan kehendak suami, menjaga segala kebajikan suami termasuk menjaga perlakuan dan perkataan agar hati suami tidak terguris. Mungkin ada isteri yang mencelah, alahhh, kalau suami dah gagal tunaikan tanggungjawab sebagai suami, nafkah pun tak dapat nak beri, makan minum semua isteri yang cari, takkan masih nak hormat lagi?


Jawapannya tetap YA! Selagi kegagalan tersebut bukanlah atas ikhtiar suami. Seperti yang pernah saya bincangkan dulu, suami mempunyai satu pengecualian di dalam memainkan peranan sebagai pemberi nafkah zahir iaitu apabila suami tidak berupaya yang diharuskan di dalam syarak. Tidak berupaya ini merangkumi tidak mempunyai kudrat iaitu tidak mampu dari segi fizikal, sakit yang tidak memungkinkannya berusaha untuk menyara keluarga. Tidak berupaya juga dikira bagi suami yang kehilangan kerja atau tiada pekerjaan yang mampu menjamin dirinya menjadi penyumbang utama kepada ekonomi rumahtangga tetapi dengan syarat, suami tadi tidak putus berusaha. Ketidak upayaan juga dikira bagi suami yang mempunyai pendapatan kecil dan perlu bergantung kepada bantuan isteri untuk mengelakkan keluarga dari masalah kewangan. Walaupun faktor-faktor ketidak upayaan ini boleh dijadikan sebab untuk isteri memohon perceraian tetapi dalam konsep perkongsian hidup suami isteri, tindakan isteri yang berbuat demikian adalah satu tindakan yang zalim.


Dalam erti kata lain, isteri tetap wajib menghormati suami walau isteri terpaksa menanggung si suami. Di sinilah kesetiaan dan kasih sayang teruji. Di waktu senang bersama, waktu susah tetap juga bersama. Dah kalau tak nak tanggung suami, kenapa kau pilih lelaki yang kau tau takkan mampu memberikan kau hidup tanpa pertolonganmu? Dah buta kerana cinta? Suami pula, perlu peka dengan situasi ini. Walaupun isteri membantu anda menyara keluarga ataupun anda sendiri disara oleh isteri, peranan anda sebagai suami tidak pernah hilang. Anda tetap sebagai ketua rumahtangga. Anda berhak menegur kesalahan isteri. Anda berhak membetulkan kesilapan isteri. Tanggungjawab dan peranan anda untuk mendidik dan membawa isteri anda ke jalan yang betul. Anda berperanan untuk menjadikan isteri anda sebagai isteri yang baik, solehah dan menghormati anda sebagai suami.


Ada tiga tahap didikan yang boleh dipraktikkan oleh para suami kepada isteri yang lupa tanggungjawab dan peranannya. Tahap pertama: Menegur perlakuan isteri. Yang tidak betul, katakan tidak betul. Yang perlu dilakukan, nyatakan dan arahkan. Tahap kedua: Jika isteri membantah, tinggalkan isteri sendirian di bilik tidur. Bab ni yang selalunya para suami bermasalah nak lakukan. Isteri pula, ada yang menggunakan ‘ilmu tempat tidur’ ni untuk membuatkan suami lupa segala arahan atau permintaannya. Tengok cermin, perhatikan diri sendiri. Ingin bahagia yang sebenarnya? Anda tahu apa yang perlu anda lakukan. Tahap ketiga: Memukul isteri dengan tujuan untuk mengajar. Pukulan untuk tujuan mengajar bukan bererti boleh membelasah sesuka hati. Sekadar peringatan. Pukulan pula tidak boleh dilakukan di tempat-tempat yang akan nampak kesan yang nyata seperti muka. Kalau tahap-tahap didikan ini dilakukan, kebahagiaan akan dikecapi.


Memang betul kata seniman agong P.Ramlee, siapa tak sayangkan isteri. Kalau sayang pun, jangan sampai anda menjadi suami yang dayus. Anda tidak dayus jika terpaksa hidup dengan hasil titik peluh isteri tetapi 
 ANDA SUAMI YANG DAYUS JIKA GAGAL MENGEMUDI ISTERI.

The Arrivals Part 00 TO part 05 - Malay Sub

The Arrivals Part 00 (Intro) - Malay Subtitle Video



The Arrivals Part 01 - Proof from the Quran | Bukti Dari Quran - Malay Subtitle



The Arrivals Part 02 (Penguasaan Minda) - Malay Sub



The Arrivals Part 03 (Penguasaan Minda Kanak-Kanak) - Malay Sub



The Arrivals pt. 4 (Asas-Asas Dajjal Al Masih)



The Arrivals Part 05 (Senibina dan Tenaga) - Malay Sub

Isteri durhaka dan balasannya



Antara sifat perilaku isteri yang derhaka kepada suami dan pembalasan yang akan mereka terima di akhirat kelak sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Rasulullah saw adalah seperti berikut:

1. Isteri yang tidak mensyukuri kebaikan suami.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku meihatnya seperti hari ini kerana ada pandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli Neraka terdiri daripada wanita."

Kemudian Rasulullah saw ditanya, "Mengapa berlaku demikian ya Rasulullah?"
Rasulullah saw menjawab.," Wanita mengingkari suaminya dan menolak ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

Sabda rasulullah saw yang bermaksud,

"Kebanyakan ahli neraka itu terdiri daripada kaum wanita"

Justeru, menangis mereka dan salah seorang daripadanya bertanya lagi, "Mengapa terjadi demikian adakah kerana mereka berzina atau membnuh anak atau kafir ?"

Nabi menjawab, Tidak, mereka adalah orang yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya. Sesungguhnya tiap-tiap seseorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

2. Isteri yang menyakiti hati suaminya.

Sabda rasulullah saw ynag bermaksud,;

"Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari kiamat Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta, kemudian diangkat ke belakang tengkuknya".

Abu Bakar As Siddiq mengatakan bahawa aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, maka dia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, dilaknat malaikat dan juga dilaknat oleh sekalian manusia."
- (Al-hadis)

3. Isteri yang bermasam muka dengan suaminya.

Sabda Rasulullah saw ynag bermaksud.

"Mana -mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suaminya, wanita itu di murkai Allah sehingga dia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya."

4. Isteri yang lari dari rumah suami.

Sabda rasulullah saw yang bermaksud:

"Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, maka tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (menimta maaf)".

- ( H.R. Hassan)


5. Isteri yang memaki bau-bauan keluar rumah.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Mana -mana wanita yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki anjabi agar tercium, bau harumnya, maka dia a adalah berzina dan setiap mata yang memandang itu adalah berzina."

- (H.R. Ahmad, Tharbrani dan Hakim)

6 Isteri yang berhias bukan untuk suami,

Sabda Rasulullah saaw yanag bernmaksud:

"Seseorang perempuan yang mengena pakaian dalam berhias (bukan untuk suami adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya."

- ( H.R. Tarmizi)

7. Isteri yang tidak menunaikan hajat suaminya.

Sabda Rasulullah saw bernaksud:

"Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya,lalu marahlah suaminya, nescaya wanita itu berada dalam keadaan laknat malaikat sehingga waktu pagi."

- ( H.R. Bukhari dana Muslim)


8. Isteri yang berpuassa sunat tanpa mendapat izin dari sumainya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan menjadi kayu apinya."
Lalu Saidatina Aishah bertanya:

"Mengapa wahai Rasulullah?" . Baginda menjawab:' Kerana perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahaan, kesakitan dan cubaan seperti melahirkan anak, mendidik anak-anak, melayan suami serta melakukan kerja-ketrja rumah. Tiada memuji (bersyukyur dan berterima kasih) di atas segala kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. Sering mengkufuri (ingkar) terhadap nikmat Allah, gemar bercakap perkara-perkara yang sia-sia dan berdoasa. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam beragama iaitu mereka sering tertipu atau terpegaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam persekitaran serta kemewahan-kemewahan lahiriah."

Sabda rasulullah saw ynag bermaksud:

"Tidak boleh seseorang isteri mengerjakan puasa (sunat) sedangkan suaminya berada di luar rumah dengan mendapat izin daripadanya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki yang tidak disukai suaminya ke rumahnya."

- ( H.R. Bukhari dan Muslim)

Tv n Radio Online