Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Ikut Gaya siapa nie ayah ker makkkk

Dulu waktu kita kecik2 bila kita nakal ayah dan emak mulallah menyalahkan diri masing-masing dgn kenakalan kita itu. Selalu mak atau ayah akan cakap .. "Ikut awaklh nie masa kecik2 dulu macam nielah agaknya perangai awak dah turun ke anak ..." Betul ker ..?


              

                        Ikut gaya sapa nie ..... ayah ke mak ...
       
                   Kebanyakan kita harus ada gambar macm nie .. ikut sapa nie ...

             

                   Hai .. tak .. kan emak kencing k dinding kot ... sah ... ikut ....


             

             Picit lagi ... kan .. dah kena ........ nakal macam ... ayoh dia jugok nieee

            

Panjat semek ... panjat hoooo okk olohhhh wak per nangis .. dok leh turung ....
ikut mok mung lah nie .. jamang kecek .. Lasok dok oh lalu ... dok pdang ngen
orang puang ...

             


Ho .. nie ikut mok dia lah ning .. orang suruh makang ia koyal weiii tu
mee semek bukan rambut ... palsu tuuuu

Koleksi kereta selebriti





kereta-artis-siti-nurhaliza
Kereta Datuk Siti Nurhaliza
kereta-artis-yusri
Kereta Yusri KRU
kereta-artis-ac-mizal
Kereta Ac Mizal
kereta-artis-ekin-mawi
Kereta Ekin
kereta-artis-linda-onn
Kereta Linda Onn
kereta-artis-ajai
Kereta Ajai
kereta-artis-aznil
Kereta Aznil
kereta-artis-noryn
Kereta Noryn Aziz
Kereta-Hans-Issac
Kereta Hans Issac
Kereta-Emma-Akma
Kereta Emma Akma
kereta-Iskandar-chef
Kereta Iskandar Chef
Kereta-Mustapa-Kamal
Kereta Mustapa Kamal
Kereta-Samsul-Ghau-Ghau
Kereta Samsul Ghau Ghau
Kereta Atilia
Kereta Atilia
kereta-artis-adam
Kereta Adam AF
kereta-artis-nabil
Kereta Nabil Raja Lawak
kereta-artis-zahid-af2
Kereta Zahid AF
kereta-artis-samsul-yusof
Kereta Samsul Yusof
kereta-artis-zarina
Kereta Zarina AF2
kereta-artis-farah-fauzana
Kereta Farah Fauzana
kereta-artis-jimmy
Kereta Jimmy Shanley
kereta-artis-awal
Kereta Awal Ashaari
kereta-artis-nabila
Kereta Nabila Huda
kereta-artis-sazzy
Kereta Sazzy Falak
kereta-artis-stacy
Kereta Stacy AF6
kereta-artis-mila-af5
Kereta Mila AF5
kereta-artis-ebi-af5
Kereta Ebi AF5
kereta-artis-irma
Kereta Irma Hasmie
kereta-artis-tomok
Kereta Tomok
kereta-artis-Nora-af4
Kereta Nora AF4
kereta-artis-adibah-noor
Kereta Adibah Noor

Nakal sungguh mereka ini......

  Jeling mana tu adik Ooooi

                             


                            
                                   Fuhhhhh.........sexi gilor...

                          

                             Amboi......ganasnya.....
                                   
                     

                            Ambil peluang yer....nasib engkau tu kecik.....

inilah yang terjadi di matahari kita

 




Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?

Jibril : sebesar kurma...

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar
ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.

SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)

Aku rindukan kamu... tapi dimana kamu berada.......

Persahabatan




Hati ku amat merindukan kamau...tetapi tidak aku ketahui dimana kamu berada ,,amat sukar untuk aku mencari kamu...amaT sukar untuk aku mencari insan serupa kamu....mengapa aku sering merindui kamu?


Aku merindukan sahabat yang tak kan pernah menjual
keburukan ku kepada orang lain dan sahabat yang bisa tetap menjadi
sahabat saat badai mengulung dan saat topan menghapus dan pada saat
senyum terkemuka serta air mata teralir

Aku rindukan sahabat yang memahami apa yang kurasa...menegur aku dikala aku membuat kesilapan,,memerahi aku ketika aku lalai..bersama aku sepanjang masa...



 

Sesuatu yang indah untuk dikongsi bersama... bacalah...






Assalamualaikum,
 
Pada setiap Jumaat,
selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

 
Pada satu Jumaat
yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

 
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
 
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
 
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
 
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
 
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
 
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
 
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah
nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

 
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
 
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
 
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
 
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
 
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
 
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
 
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
 
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"
 
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
 
"Pada Jumaat
minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

 
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
 
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".
 
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
 
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"
 
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
 
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki
mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

 
Jumaat ini dikira
Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

 
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
 
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
 
TAKBIR!!
ALLAHUAKBAR!

 
Wassallam

Tiada Bas Sekolah?


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/24/13222648_21n.jpg
Daisy Mora 9 tahun melalui perjalanan ini setiap hari untuk mendapatkan ilmu, bersama adiknya yang berusia 5 tahun yang berada di dalam beg kain itu.

Colombia, 24 Mac -- Ketinggian lebih daripada 1,300 kaki di atas Negro Rio di Colombia. Daisy Mora yang berusia 9 tahun siap sedia untuk 'menyeberang' jurang yang terbentang.

Dengan hanya bergantung kepada satu takal lama dan berkarat sebelum jatuh menjunam pada kelajuan 40mph sepanjang satu kabel antara dua tebing yang bertentangan kira-kira sejauh setengah batu jauhnya - itulah laluan yang perlu dilaluinya setiap hari untuk ke sekolah.

Untuk kegunaan keluarga yang tinggal di kawasan, 40 batu ke arah tenggara ibu kota Bogota, 12 kabel keluli yang menyambungkan antara satu lembah ke lembah yang lain membantu penduduk di sini untuk mengakses ke dunia luar.

Penjelajah Jerman, Alexander von Humboldt adalah warga barat pertama menemui cara sistem takal luar biasa ini pada 1804.

Ia pada asalnya dibuat daripada fiber hemp, tetapi kabel-kabel telah dipasang sejak adanya aktiviti pembalakan dalam hutan hujan di sekeliling. Adanya sistem pengangkutan ini memudahkan peneroka haram untuk berladang dan penternakan lembu.

Sehingga hari ini, kabel-kabel itulah satu-satunya pengangkutan yang tersedia untuk mereka yang tinggal dalam kawasan pedalaman.
http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/24/13222648_11n.jpg

Para petani menggunakan ianya untuk mengangkut barangan ke bandar yang berdekatan, bagi kanak-kanak seperti Daisy dan adiknya Jamid yang berumur 5 tahun, ia merupakan peluang untuk mereka ke sekolah.

Jamid terlalu muda untuk menunggang kabel, Daisy terpaksa mendukungnya di dalam sebuah beg kain, dan mengawal kelajuan dengan garfu kayu.

Tv n Radio Online