Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Bayi dah mati hidup semula dalam pelukan ibu

bayi dah mati HIDUP balik bila mak dia peluk 2 jam!!




GAMBAR menunjukkan Kate dengan anak lelakinya yang didakwa
mati pada satu program televisyen di Australia baru-baru ini.



SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.
Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.

Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.
Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.

Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. - Agensi

Bila Wanita Menguasai Dunia




























Faizal Tahir Ajak Selebriti Menderma Untuk Anak Palestin

    
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
        
Faizal Tahir (kiri) bersama Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus ketika berkunjung ke Lubnan sebagai Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin oleh TV3 pada 12 Ogos lalu selama enam hari. - Foto TV3


DUTA Kempen Bebaskan Bumi Palestin TV3, Faizal Tahir mengajak setiap selebriti untuk menderma sebanyak RM170 sebulan kepada seorang anak angkat dari Gaza.

Derma tersebut merangkumi perbelanjaan harian termasuk makan dan minum anak-anak itu.


Program tersebut dianjurkan dan diuruskan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Aqsa Syarif Berhad yang mempunyai hubungan dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara itu.


Penyanyi dan komposer itu berkata, selebriti dan sesiapa sahaja hanya perlu melayari laman web
www.aqsasyarif.com untuk mendapatkan borang permohonan pengambilan anak angkat itu.

Bagaimanapun, mereka tidak boleh memilih latar belakang atau fizikal anak angkat tersebut sebaliknya akan ditentukan oleh pihak Aqsa Syarif sendiri.

        
Antara anak-anak pelarian Palestin yang menunggu sumbangan yang diberikan dengan penuh gembira dan teruja.


“Saya rasa program anak angkat ini perlu dimulakan di kalangan selebriti kerana selepas itu baru ia akan menjadi ikutan orang lain. Saya mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan mesej kepada semua orang termasuk public figure.

“Jika mereka tidak mahu membiayai anak angkat itu selama-lamanya, sekurang-kurangnya dalam setahun pun sudah mencukupi.

“Pada saya, elemen hiburan merupakan senjata yang paling berkuasa untuk melakukan kerja-kerja seperti ini sebab apa yang dilakukan oleh seseorang selebriti itu akan menjadi ikutan.

"Saya rasa bertuah dapat melakukan kerja-kerja seperti ini walaupunia bukanlah suatu perkara yang baru,” ujarnya dalam satu sidang media di Sri Pentas TV3, Rabu.

        


Walaupun setiap selebriti tidak boleh menjaga anak angkat masing-masing, tetapi mereka dibenarkan melawat selang beberapa bulan sekali.


Setakat ini Aqsa Syarif telah menerima 50 permohonan pengambilan anak angkat dari luar Palestin manakala 320 orang di dalam Palestinsejak program itu dilaksanakan kurang empat bulan lalu.


Setakat ini, Faizal baru sahaja mengeluarkan idea tentang program pengambilan anak angkat melibatkan selebriti itu kepada pihak TV3 dan akan berbincang mengenainya kemudian.


Pada 12 Ogos hingga 18 Ogos lalu, Faizal dan kru TV3 berkampung di Lubnan untuk melihat sendiri penderitaan dan kehidupan yang dilalui oleh pelarian Palestin.


Misi mereka ke sana juga dilakukan bagi menjayakan rakaman tiga episod khas
Bersamamu: Bebaskan Bumi Palestin yang akan bersiaran pada 25 Ogos, 1 September dan 8 September ini, pukul 9.30 malam.

“Setelah empat tahun bergelar penyanyi, kali ini baru saya rasakan yang tugas saya tidak tertumpu kepada nyanyian semata-mata.


"Saya harap apa saya lakukan ini menjadi contoh kepada selebriti lain kerana saya sanggup tinggalkan kerja, keluarga dan negara demi menjayakan misi ini.


“Insya-Allah, pada hujung tahun ini saya akan pergi ke sana lagi.Saya berharap untuk memberi didikan tentang pengetahuan komputer, bahasa Inggeris dan perubatan kepada mereka,” katanya penuh bersemangat.


Setelah menjejakkan kaki di Lubnan, Faizal berasa insaf selepas melihat kehidupan pelarian Palestin yang hidup serba kekurangan.

Faizal sempat mengunjungi Kem Pelarian Sabra Shatila dan KemPelarian Barajneh di Beirut, Kem pelarian Beddewi di Utara Lubnan danKem Pelarian Tyre di Selatan Lubnan.         

good job FT!!! well done!!!

Lawak bergambar...


Adik tido eh...nnt mak dtg abg kejutkan...


Ape..korang ingat bdn kurus xde muscle ke?

 


Sape la yang rembat baju aku ni...kena pecut ni...malu siottt....


Encik,ikan kembong ade x? bg 3 kilo eh...
 
Jauh pulak toilet ni....ahhh...kat sini pun bole la....


Wei korang! ape ni tarik2...jatuh la aku wei...!!

Ciuman Maut Vladimir Putin...

Cian kuda tue... meroyan lepas dicium oleh Vladimir Putin


mengapa kita mesti di uji



MENGAPA KITA MESTI DIUJI

Penyair Kelana Bersyair

Kubasuh mulut wajah dan telinga
Agar cerah wajahku ini saat bertutur ditengah malam dengan Mu
Agar jelas telinga ini saat mendengar tentang isi kalam Suci Mu
Kubasuh kaki dan tanganku
Agar dapat meniti jalan keSurga yang Engkau janjikan
Dengan kedua tangan yang tengadah aku meminta ampun
Wahai Yang Maha Lembut lagi Penyantun
Engkaulah Dzat yang Maha Pengampun
Dan telah berpasrah diriku ini hanya kepadaMu
Ya Malikal Mulki Ya Dzaljalali Wal Ikhrom.


MENGAPA MESTI DIUJI.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan :
Kami telah beriman sementara mereka tidak diuji ?.
Dan sesungguhnya Aku ( Allah ) telah menguji orang orang sebelum kalian
Maka sesungguhnya Aku mengetahui orang orang yang benar
Dan orang orang yang berdusta. ( Al ? Ankabut ayat 2-3 ).

MENGAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM IDAMKAN
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu
Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk untukmu
Allah Maha mengetahui sementara kamu tidak mengetahui. ( Al-Baqarah ayat 216
).

KENAPA UJIAN MESTI SEBERAT INI
Allah tidak membebani seseorang itu
Melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ( Al-Baqarah ayat 286 ).

MANAKALA MERASA FRUSTRASI

Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati
Padahal kamu adalah orang orang yang paling tinggi derajatnya
Jika kamu sungguh sungguh orang yang beriman. ( Ali Imran ayat 139 ).

BAGAIMANA AKU MESTI MENGHADAPINYA
Wahai orang orang yang beriman
Bersabarlah kalian dalam menghadapi kesukaran
Dalam mengerjakan kebajikan
Dan kuatkanlah kesabaran kalian melebihi dari kesabaran musuh dimedan pertempuran
Bersiap sedialah dengan kekuatan dan pertahanan
Serta bertawakal kepada Allah agar kalian berjaya mencapai kemenangan.
( Ali Imran ayat 200 ).
Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan bersabar dan
mengerjakan sholat
Sesungguhnya sholat amatlah berat kecuali bagi orang orang yang khusyuk tak merasa berat. ( Al-Baqarah ayat 45 ).

APA YANG KUDAPATKAN DARI SEMUA INI
Sesungguhnya Allah telah membeli dirinya orang orang iman
Dan hartanya dengan diberi Surga kepada mereka. ( At- Taubah ayat 111 ).

KEPADA SIAPA AKU MESTI BERHARAP
Cukuplah Allah bagiku
Tiada Tuhan selain dariNya
Hanya kepadanya aku berpasrah diri. ( At-Taubah ayat 129 ).

AKU SUDAH TAK SANGGUP BERTAHAN LAGI
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah
Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah
Melainkan kaum yang kafir ( Tidak percaya ) kepada Allah. ( Yusuf ayat 12 ).

Wahai anak Adam :
Barang siapa yang tidak bersyukur atas nikmat dariKu
Dan tidak sabar dengan segala cobaan dariKu
Maka keluarlah kamu dari bumi Ku ini
Dan carilah Tuhan selain Aku. ( Al ? Hadist ).

APA SAJA YANG BERLAKU DIDUNIA INI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.

Tv n Radio Online