Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Banyak moral dlm citer ni! BACALAH SAMPAI HABIS!



Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis
1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali
bangun  tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap
berbunyi,  bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah
mengikut lambungan  kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan
nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan
hingus  kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar  langsung, geli.
Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku
menaikkan  cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar.
Mengeluarkan  bunyi seperti kerbau. Perempuan s***, sopanny a cuma
di depan jantan,  tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma
tahu bersolek dan  berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti
perempuan baru beranak,  t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng
dan rambut usai seperti orang  gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari
laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh
menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku
duduk  sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.
Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan
memberi senyuman.

Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot
seperti  mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk
ini.Tolol!

 Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku
sedikit  marah, mengetap bibir.

 "Nak apa?!"

 Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

 "Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

 Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan
seperti  takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan
tuala koyak di  bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma
dibutang dua menampakkan  dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar
hijau pudar senteng.

Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah
macamana aku nak ajar kau!!"  Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih  meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,  membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk
terkangkang di rumah itu ditutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin
seperti  ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus
saja dia  menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil
terbatuk-batuk,  meludahkan kahak hijau. Pengotor, s***! Aku
mengalihkan mata k e pantai.

Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu.
Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit.
Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak
mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar.
Tidaklah hidup susah seperti itu. B****!!
>
"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas
hendak  memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu
sudah cukup  lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.

Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis
tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung
kemejanya.

 "Kenapa ni? Gila?!"

 "Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik
kelapa,  mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta,
belum pernah pakcik  terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya
seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak
pernah  bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat
kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi
dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.
Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan,
aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur.
Keras  diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung
ijazah.
Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu

bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10
minit aku  melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee
dengan sudu  dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami,
menjinjing  dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah
dengan wang RM 5  dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil.
Atau dia memang ada  duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut
dan aku  dengan rasa curiga bertanya terus.
" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli
barang  sebanyak ini?".

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.
Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan
dua beg  plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan
dan  terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu
tangan tadi  dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti
najis,  dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami.
Ambillah  ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami
lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang.
Harga  diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti
tadi,  anak telah  memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum
pakcik  sebagai orang  tua s*** yang berpura-pura susah. Ambillah semula,
nak.">
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak,
berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali.
Tidak mahu  menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi
jangan  sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit
menjadikan  kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat
nelayan memunggah  ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah
perut  ini yang sudah dibuang  ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik
sambung hidup anak-anak pakcik,  jangan sampai kelaparan, jangan
mati."
 Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan
ombak.  Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima
ringgit  di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah
mula dihurung  lalat.
 Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang
boleh  membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli
sesuatu  yang ada dalam diri orang tua itu.


*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai
                apa  yang  kita dapat.." renungkan....

Mulianya seorang isteri di sisi Allah.

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.
     
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?


     
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
     
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
>From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
       
" Wahai Tuhan ...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...


"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ...
ampunkan dosa2 kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......



Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di  sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Haiwan aneh ditemui di China

BEIJING - Para saintis bingung menentukan spesies seekor haiwan aneh yang ditemui di satu lokasi hutan di tengah China, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan tidak berbulu itu memasuki jerat sekumpulan pemburu di wilayah Sichuan selepas penduduk tempatan melaporkan mereka ternampak haiwan yang disangkakan seekor beruang.

"Ia seperti seekor beruang. Namun, haiwan itu tidak mempunyai bulu tetapi ia mempunyai ekor seperti kanggaru.

"Haiwan itu tidak mengeluarkan bunyi seperti beruang. Suaranya lebih mirip seekor kucing dan sentiasa berbunyi," kata salah seorang pemburu itu, Lu Chin.

Menurutnya, sebelum ini terdapat cerita rakyat bahawa seorang lelaki telah bertukar menjadi seekor beruang.

"Ada orang yang menganggap kami telah menangkapnya," kata Chin.

Pakar haiwan akan menghantar haiwan misteri itu ke Beijing. Sepasukan saintis di Beijing akan cuba untuk mengetahui spesies haiwan itu dengan melakukan ujian asid deoxyribonucleic (DNA).

Petua untuk 'TAHAN LAMA'.... Jeng jeng jeng

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahanlama nie, ya?

Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'………. 
KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2010. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2011. Wah...tahan sampai 2 tahun kan?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...
 
UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
.

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...
...............sentiasa terbuka dan rasional.



p/s: jgn marah aaa.... smile always, peace to the world. :)

Malas??? tapi disayangi.......

suami pemalas yang digilai????


anda seorang suami yang pemalas? amalkan kaedah di bawah, dan pastinya anda akan menjadi suami yang digilai kaum wanita...

suami pulang ke rumah dengan muka yg masam, lalu berkata "abang malas nak cari perempuan lain. awak seorang dah cukup abang sayang".

suami pulang dari bank lalu berkata "abang malas nak pegang duit gaji. sayang pegang lah duit ini".

selepas makan malam, suami berkata "abang malas nak keluar rumah malam-malam ni. baik abang duduk rumah dengan sayang".



Tv n Radio Online