Hubaya Hubaya Hubaya!!!
Selamatkan diri anda dari terlibat dgn MENGUMPAT cara MODEN!
Dosanya lebih besar dari berzina berulang kali..
Bagaimana kita boleh terlibat dgn mengumpat cara moden ni??
Kita memperkatakan hal/keaiban org lain terutama yg menyentuh peribadi dgn cara;
1- Cari gambar /isu seseorang yg ditohmah.
2- Postingkan/sebarkan di dunia siber like DD dan lainnya..
3- Gambar/isu itu dibaca oleh manusia seantero dunia.
4- Lagi ramai yg baca/copy paste ke laman yang lainya
5- lagi besarlah habuan dosa yg diperolehi.
6- Forumer/pembaca lainya akan copy lg dan lg dan lg..maka bertali hayatlah umpatan itu hingga hari Kiamat. Selagi masih tersave kat mana2 sesawang..Masya Allah.
Camne kita nak mintak maaf dari empunya diri...
INILAH JENAYAH AKHLAK YG BANYAK BERLAKU DI MAYA SIBER, yang paling menyedihkan ialah ianya melibatkan para cendikiawan pelbagai bidang.
Jadinya, maya maya jugak, Nilai dan Akhlak Islam mesti dijaga sebaiknya.
Moga Allah memelihara kita dari terlibat dgn jenayah akhlak ini, Amiin.
Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai:
Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?
(Quran surah al-Hujurat, ayat 12)
Baginda SAW juga bersabda;
Takutlah mengumpat. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah SWT tidak mengampuni orang yang mengumpat sebelum orang yang diumpatnya memaafkannya.
Telah bersabda RasulAllah SAW yang maksudnya;
Sesiapa yang mengumpat, bermaksud menghinakan saudaranya, Allah SWT meletakkannya dijambatan neraka pada hari kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakannya.
Wajiblah bagi orang yang mengumpat menyesal dan bertaubat agar keluar dari hak Allah. Kemudian meminta halal dan meminta maaf atas kezalimannya terhadap orang yang diumpat. Telah bersabda RasulAllah SAW;
Sesiapa yang mengumpat saudara muslimnya, Allah SWT akan memindahkan muka keduburnya pada hari kiamat.
p/s: SAHABAT SEKALIAN please maafkan aku sekiranya aku pernah tersalah kata tergumpat mengata kepadakamu semua samada secara sedar ataupun tidak.aku sedar diri aku ni serba kekurangan dari sudut ilmu,akhlak,mulut dll.
aku memohon jutaan kemaafan kerana aku bimbing takut2 sahabat aku ini ingin membongkarnya di padang masyar kelak maafkan ku.
aku mugkin pernah terkasar bahasa dengan kamu semua aku mohonkan keampunan dari kamu dan jangan lah kamu meminta kebaikan yg ada pada aku hari kiamat nnt kerana aku takut aku salah seorang yang muflis pada hari kiamat nanti maafkan aku.
aku ingin bersama kamu di alam roh dari kalangan orang yg bertakwa dan bahagia aku takut aku di letak bersama orang yang celaka.dan juga bersama mu di dalam syurga.