Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Sabun Di BIlik Mandi...

klik pada gambar utk vw yg lebih baik...

Artis Kantoi tak puasa di Facebook

Dengarnya: Kantoi tak puasa di Facebook


[artis+makan.jpg]
gambar perhiasan


2010/08/23
SEJAK laman sosial Facebook popular, Cik Nor lihat ramai selebriti menggunakan alat ini untuk mendekatkan diri mereka dengan peminat. Menerusi Facebook juga artis boleh memaklumkan kepada peminat mengenai aktiviti seharian. Berkongsi cerita, suka dan duka serta memberi peluang kepada peminat melihat koleksi gambar yang mungkin eksklusif dan tidak pernah tersiar di mana-mana media.

Cik Nor dan rakan-rakan pun ada ketikanya menggunakan laman sosial ini untuk berhubung dengan artis terutama dalam bab kerja.

Bukannya apa, teknologi sudah ada di depan mata, jadi gunakanlah sebaik mungkin. Kalau telefon tak dapat, Cik Nor akan SMS. Kalau SMS tak mendapat balasan, Cik Nor hantar mesej di Facebook. Kalau artis itu bijak dan berakal, tentu dia membalasnya.
Berbalik kepada artis dan Facebook, sebenarnya ada cerita lebih sensasi yang ingin Cik Nor kongsi. Ia membabitkan seorang artis remaja yang baru berjinak-jinak dalam bidang seni. Dia ini memang hidup dan matinya untuk Facebook. Cik Nor katakan begitu kerana dia memang suka kemas kini status dirinya banyak kali dalam satu hari. Ala-ala selang beberapa minit, statusnya pasti berubah.

Ada saja cerita yang ingin dikongsikan bersama teman ataupun peminat. Hendak dijadikan cerita, satu hari dia pergi ke luar negara atas urusan kerja. Jadi, dari mula hendak berangkat hinggalah tiba di destinasi yang dituju, tak henti-henti memaklumkan perkembangan terbarunya itu di dinding laman sosialnya itu.


Tapi apa yang membuatkan Cik Nor terkejut apabila si artis ini turut mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan dia sedang enak menjamu selera di sebuah restoran, pada siang hari pada bulan puasa!


Sumber Cik Nor yang melihat status artis terbabit turut terkejut kerana setahu dia ketika kenyataan itu ditulis, matahari memang sedang tegak di kepala. Waktu berbuka puasa mana yang diikut artis terbabit kerana setahu Cik Nor, waktu di Malaysia dan negara terbabit sama saja. Tak adalah jarak perbezaan yang ketara macam di negara empat musim.

Apakah dia tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai begitu saja. Cik Nor tahulah dia bukan berada di Malaysia, tetapi berpada-padalah nak buat kerja macam itu. Cik Nor diberitahu, sebaik saja dia menulis status itu, banyak komen diterima sehingga artis terbabit terpaksa memadamnya. Itulah! Lain kali jangan ghairah sangat nak mengemas kini status. Kan dah kantoi!


http://i253.photobucket.com/albums/hh57/putera_google/1255112994188.jpg 

BEZA ; 1GB DULU & 1GB SEKARANG

tngok tu perbezaan saiz 1GB dulu(30 thn) dan 1GB skrng...




Sekarang jangankan 1GB, 120 GB pun kecil juga seperti portable hard disk tu. Manusia semakin bijak tapi ilmu manusia hanya ibarat setitik di lautan berbanding dengan Allah S.W.T
Wallahualam..

"Tertutup sudah pintu hatiku " Kata-kata buat renungan



        

         
   


KETIKA SATU PINTU KEBAHAGIAAN TERTUTUP, PINTU YANG LAIN DIBUKAKAN.
TETAPI SERING KALI KITA TERPAKU TERLALU LAMA PADA PINTU YANG TERTUTUP SEHINGGA TIDAK MELIHAT PINTU LAIN YANG DIBUKAKAN BAGI KITA...

P/S : ha..betul ni..yg sudah tu, sudah laahh..hehehe..=)

DALAM HIDUP,TERKADANG KITA LEBIH BANYAK MENDAPATKAN APA YANG TIDAK KITA INGINKAN. DAN KETIKA KITA MENDAPATKAN APA YANG KITA INGINKAN, AKHIRNYA KITA TAHU BAHAWA YANG KITA INGINKAN TERKADANG TIDAK DAPAT MEMBUAT HIDUP KITA MENJADI LEBIH BAHAGIA...
P/S : betul2..so, bersyukurlah dgn setiap pemberianNya..xsemestinya yg kite suke tu, bwk kebaikan tuk kite..kaaannn...

 
JADIKAN DIRIMU BAGAI POHON YANG RENDANG DI MANA INSAN DAPAT BERTEDUH.
JANGAN SEPERTI POHON KERING TEMPAT SANG PUNGGUK MELEPAS RINDU DAN HANYA LAYAK DIBUAT KAYU API...
P/S : semoga diriku lebih berbakti..sebagai hamba kpd Penciptaku..Sbg manusia kepada manusia lain dan semua makhlukNya..amin..

 
MASA DEPAN YANG CERAH BERDASARKAN PADA MASA LALU YANG TELAH DILUPAKAN. KAMU TIDAK DAPAT MELANGKAH DENGAN BAIK DALAM KEHIDUPAN KAMU SAMPAI KAMU MELUPAKAN KEGAGALAN KAMU DAN RASA SAKIT HATI
P/S : yess..so, lupakanlah kisah pahit dan mulakanlah kisah manis yg baru...gagal sekali bukan bermaakne gagal selama2nya kan..biasanya, org yg pernah gagal lebih berjaya dari org yg xde pglaman gagal dlm hidup..pastu..jgn nak sakit hati dgn orglain..lupakanlah..
maafkanlah..hidup akan lebih tenang..


KATA-KATA ITU SEBENARNYA TIDAK MEMPUNYAI MAKNA UNTUK MENJELASKAN PERASAAN.
MANUSIA BOLEH MEMBENTUK SERIBU KATA-KATA, SERIBU BAHASA..
TAPI KATA-KATA BUKAN BUKTI UNGGULNYA PERASAAN..
P/S : banyak betulnye..kdg cakap lebih..tp buatnya tidak..hehehe..biasa lah manusia..
xsemua perasaan dizahirkan dgn perkataan..kata-kata belum tentu boleh membuktikan perasaan..tetapi..perasaan boleh dibaca walaupun hanya dgn tindakan..dgn Allah..hati dan perbuatan kita..melambangkan perasaan kita padaNya..amal ma'ruf nahi mungkar..

 
SAHABAT TERBAIK ADALAH DIA YANG DAPAT DUDUK BERAYUN-AYUN DI BERANDA BERSAMAMU, TANPA MENGUCAPKAN SEPATAH KATAPUN ,DAN KEMUDIAN KAMU MENINGGALKANNYA DENGAN PERASAAN TELAH BERCAKAP-CAKAP LAMA DENGANNYA..
P/S : erm..susah nak jumpe ni..ramai kwn yg kalo bercakap berjela2..sy teringin mahu JADI dan jumpa sahabat seperti ini..amiinn..

 
SESUATU YANG BAIK, BELUM TENTU BENAR.
SESUATU YANG BENAR, BELUM TENTU BAIK.
SESUATU YANG BAGUS, BELUM TENTU BERHARGA.
SESUATU YANG BERHARGA/BERGUNA, BELUM TENTU BAGUS
P/S : so, kena pikir betul2 la erk sebelum buat sesuatu atau dcide keputusan..akal..hati...

 
NIKMAT ITU KADANG-KADANG TIDAK DISEDARI, HANYA APABILA IA TELAH HILANG BARULAH MANUSIA BENAR-BENAR TERASA ..
P/S : mmg pun...bukan kdg2..selalu..hehe..contoh paling dekat ialah kesihatan..haa..waktu sihat xmo jaga kesihatan, mkn mcm2, buat aktiviti xsihat,..bla..bla..tp dah sakit, barulah nak nyesal..huhu..

 
KAWAN SEJATI IALAH ORANG YANG MENCINTAIMU MESKIPUN TELAH MENGENALMU DENGAN SEBENAR-BENARNYA IAITU BAIK DAN BURUKMU...
P/S : bagus kwn cmni..tp sian kan..kalo dpt kwn yg tau keburukan, ditinggalkan plak kwn tu..lagi dahsyat kalo dia g menyebarkan plak keburukan kwn dia tu kt org lain..isyh3...semoga diri kita dijauhkan..semoga kita cinta shbt kita..amin ya Allah..

 
HAL YANG MENYEDIHKAN DALAM HIDUP ADALAH KETIKA BERTEMU SESEORANG YANG SANGAT BERERTI..
DAN MENDAPATI PADA AKHIRNYA BAHAWA DIA TIDAK DEMIKIAN ADANYA..
DAN HARUS MELEPASKANNYA PERGI..
P/S : sedihnyelah..huhuhu...nak wat cmne..setiap pertemuan ade perpisahan...relaku melepaskan..( mcm lagu jiwang la plak..)..nangis2..='I..

 
ORANG YANG HEBAT BERTINDAK SEBELUM BERKATA DAN DIA BERKATA SELARAS DENGAN TINDAKANNYA..
P/S : nak jadi cmni..nak jd cmni..he2...

 
KEHIDUPAN INI DIPENUHI DENGAN SERIBU MACAM KEMANISAN TETAPI UNTUK MENCAPAINYA PERLU SERIBU MACAM PENGORBANAN ..
P/S : aha..memanglah..kena la berkorban sikit...xsyok la kalau semua dilalui dgn mudah..nanti kurang rasa menghargai..herm..mgkin la..

 
ORANG YANG MENGIKUTI EMOSINYA, AKAN KEHILANGAN ADABNYA..

P/S : isyh..betul la...jadik kt diri sndiri ni..bila emosi nnti bertindak diluar akal rasional..menda yg xpnah buat pun jadi terbuat..kata-kata pun mcm ntah ape2 je..nampak sgt la akal xbrape nak waras..sbb emosi dah duk atas dari kwarasan..herm..so, tolong la jgn emosi sgt ye...huhu..

JANGAN SESEKALI MENYALAHKAN KESILAPAN DIRI SENDIRI KEPADA ORANG LAIN KERANA ORANG YANG TIDAK MENGAKUI KELEMAHAN DIRI SUKAR UNTUK BERJAYA...

P/S : mengaku jelah bile dah salah..x baik tau salahkan org lain..ramai org sedar kesalahannya, tp xnak mengaku kan..ego la kooot...betul juge..org yg susah nk ngaku salah sndiri ni susah bjaye...so, kalau ijaz nk bjaye, kna tanye n salahkan diri sndiri..jgn nk salahkan orglen plak..kan2..

FIKIRKAN PERMUSUHAN KITA AKAN DIMUSUHI, FIKIRKAN KEBENCIAN, KITA AKAN DIBENCI. TETAPI SEKIRANYA KITA FIKIRKAN KASIH MAKA KITA AKAN DIKASIHI. INI ADALAH UNDANG-UNDANG ALAM. KITA MENJADI SEPERTI APA YANG KITA FIKIRKAN..
P/S : yep...so..think positiv...jgn asyik nk think negative..tu yg jadik negativ..eyjaz...think positiv..jauhkan diri anda dari memikirkan perkara yg negativ..ehehe...=)
ADA HAL-HAL YANG SANGAT INGIN KAMU DENGAR TETAPI TIDAK AKAN PERNAH KAMU DENGAR DARI ORANG YANG KAMU HARAPKAN UNTUK MENGATAKANNYA...
NAMUN DEMIKIAN, JANGANLAH MENULIKAN TELINGA UNTUK MENDENGAR DARI ORANG YANG MENGATAKANNYA DENGAN SEPENUH HATI..

 
P/S : betul2..sian la kt org yg duk cakap..jgn la kite wat dunno je..huhu...kalau kite xdpt dgr sesuatu yg kite nk sgt dgr, tp kite jgn la abaikan kata-kata orglain yg nak kite dgr luahan hatinya yg ikhlas tu ...( ini tuk ijaz sahaja...hehe..)
KATA-KATA YANG DIUCAPKAN SEMBARANGAN DAPAT MEWUJUDKAN PERSELISIHAN, KATA-KATA YANG KEJAM DAPAT MENGHANCURKAN SUATU KEHIDUPAN,
KATA-KATA YANG DIUCAPKAN PADA TEMPATNYA DAPAT MEREDAKAN KETEGANGAN,
KATA-KATA YANG PENUH CINTA DAPAT MENYEMBUHKAN DAN MEMBERKATI..
P/S : semoga kata-kata kita lebih terjaga..amin... jgn men ckp je..huhu..

 
KEKAYAAN BUKANLAH SATU DOSA DAN KECANTIKAN BUKANLAH SATU KESALAHAN...
OLEH ITU JIKA ANDA MEMILIKI KEDUA-DUANYA JANGANLAH ANDA LUPA PADA YANG MAHA BERKUASA..
P/S : tersenyum bace ayat ni..hm..betul..syukurlah dgn nikmat kekayaan dan kecantikan itu..jagalah..jgn smpai ia menjauhkan kita dgn Allah...
JIKA MANUSIA MASIH TETAP JAHAT DENGAN ADANYA AGAMA, BAGAIMANA LAGI JIKA TIADA AGAMA?

P/S : yee..walaupun beragama, masih ramai manusia jahat..sedangkan semua agama menyuruh kpd kebaikan..mcm mane la yg x beragama kan..ntah le..realiti dunia..

DI SEBALIK KEINDAHAN RUMAH TERSERGAM, DISEBALIK SENYUM DAN TAWA, SESEORANG INSAN ITU MUNGKIN DILANDA KEPAHITAN DAN KEKECEWAAN YANG TIDAK DIKETAHUI ORANG LAIN..

P/S : a'ah..jgn nak judge org tu ok belake..bahagia je..xde masalah..apetah lagi kalau xkenal sgt kan..hehehe...tp byk org gini..jenis xgtau tntang hati dia yg remuk rendam..eloknye, gtau la kt fmly ke..kt kwn yg boleh dipercayai ke..jgn la simpan sorg2..nnti meletop plak..

Adakalanya kita perlu sendirian...

Bagi sesetengah orang, bersendirian itu adalah satu hal yang tidak menyenangkan. Tidak ada teman yang dapat kita berbual di saat kita sedang “down”. Tidak ada bantuan tenaga atau pendapat dalam menyelesaikan suatu masalah yang kita hadapi. Tidak ada “tong sampah” untuk kita membuang berbagai kerisauan dan emosi buruk yang sedang kita hadapi.

kenangan.jpg

    TETAPI, ada kalanya kita harus sendiri… Merenung ke masa silam, melangkah ke masa depan … Mengumpulkan kembali retakan hati dan jiwa ( bagi mereka yang baru saja mengalami ’sesuatu’ yang menghancurkan hati huehehehe ) … Menumbuhkan kembali benih semangat yang hilang… Menyusun kembali rancangan yang lebih strategik dan lebih baik dari apa yang telah kita perbuat sebelumnya … Atau, hanya untuk sekadar mengatur nafas dan merehatkan tubuh badan, minda kita yang lelah.
Dalam keadaan kita sedang menyendiri, kadang kadang kita akan menyedari sesuatu yang sangat penting, yang biasanya tersembunyi dari pandangan kita didalam keriuhan dan berteman… kadangkala kita mendapat lebih jawapan disaat kita sendiri dan kadangkala kita lebih peka terhadap apa yang sedang kita alami d saat kita mengambil masa untuk menyendiri.



P/S : Postin ini bukan untuk mengajak dan mempengaruhi anda untuk menyendiri tetapi mengajak anda untuk sesekali mengambil masa untuk memberi ruang terhadap diri anda untuk kembali merenung masa silam dan masa depan dengan lebih berkesan. Utk menimbulkan kembali SEMANGAT anda yang kian suram :p

Menara Jam terbesar dunia di Makkah


Jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara pencakar langit Makkah 
dan Umat Islam 
seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing.
Menara jam yang Makkah akan menjadi sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding
waktu median Greenwich dan juga dibina dibangunan kedua tertinggi di dunia.
Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) 
digunakan semenjak 126 tahun.
Waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkah 
di tengah-tengah dunia menurut ulama dan cendikiawan Islam.
Click here to enlarge


Arab Saudi akan melakukan ujian terhadap apa yang disifatkannya sebagai menara 
jam terbesar di dunia di Tanah Suci Makkah sepanjang bulan Ramadan ini. 
Menara jam empat muka berkenaan akan menjadi pencakar langit tertinggi 
di negara itu apabila siap dengan ketinggian kira-kira 600 meter, menjadikan 
ia sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.
Jam berkenaan juga bakal menenggelamkan Big Ben di London yang pernah 
menjadi menara jam empat muka terbesar dunia, dengan jarumnya dikatakan
lima kali lebih besar. Dan ditulis dengan kalimah ALLAH di atasnya akan
diterangi dua juta cahaya LED.
Dengan garis pusatnya berukuran 40 meter, jam Arab Saudi itu juga adalah
lebih besar berbanding jam di Cevahir Mall di Istanbul yang mempunyai 
ukuran muka 36 meter pada bumbung telus cahaya di kompleks
beli-belah Turki berkenaan. 
Turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijua yang akan berkilauan 
sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan  bagi lima waktu solat fardu.
Kompleks jam di Makkah yang direka jurutera Jerman dan Swiss 
membabitkan projek bernilai $800 juta (RM2.56 bilion) akan
menghadap Kaabah yang menjadi tumpuan seluruh umat Islam 
di seluruh dunia ketika mereka mengerjakan solat lima waktu
setiap hari dan menjadi sebahagian usaha Arab Saudi membangunkan
bandar raya yang dilawati berjuta jemaah haji setiap tahun. 
Tempoh ujian selama tiga bulan menara jam itu akan bermula pada
minggu pertama Ramadan. 
Hanya satu daripada empat muka jam berkenaan setakat ini siap 
dan diliputi 98 juta keping kaca jubin. AP
Click here to enlarge


Click here to enlarge


Click here to enlarge


Click here to enlarge


Click here to enlarge


Click here to enlarge


Click here to enlarge


Click here to enlarge


Click here to enlarge


Click here to enlarge


Click here to enlarge


Click here to enlarge


Click here to enlarge


Click here to enlarge

Tv n Radio Online