Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Kejor yoppp kejorrrrr.

  adengan yang ingin kita lihat...
        
      Ayam : help.......tolong....tolongg........
       ...
      Harimau: Bertahan...kepong dia...ishh brek mengejut lah pulakkk

      Ayam: Yeeeee aku lepas....

“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?”

“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…

“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…






“Hah, inilah Kang Kang  nya… Kamu fikir saya nak buat apa???”  Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…  
“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”


p/s: Kedai Kasut Kang Kang  ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak  bila disebut… huhu~

hanya di USA je ade macam ni ....

Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku

Jannah di sebalik musibah


Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, sianak sakit. Siibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Sianak masih berdegil, lalu siibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.
Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.

Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.

Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”

Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu
selain syurga.”

(HR Ibnu Majah (no: 1597)

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

Wallahua’lam

Rugi kalau anda tidak menghayatinya..

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )




Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya.. Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit.


Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.." Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteridan anak-anak saya sudah faham.


Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidakbanyak meragam."Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak adaduit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya." Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5ringgit....


Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya. Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulangke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapayang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangka nnya. Begitulah selalunya tahun demi tahun.


Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untukdiberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi sayayang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.






Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akansetiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Sayatidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya ataudisampaikannya.Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.


Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri "Nanti, besarl Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya." Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnyaayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidakingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak."Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetapdiselitkannya.


Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan kekocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya. Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.


Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama ."


Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya."memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

 p/s: Jangan abaikan ibubapa...insyaalah hidup akan sejahtera

Lihatlah Bila Muslimah beraksi....

Penghargaan dari bumi Penjajah (Israel) ...


"Daripada : Warga yahudi
Kepada : Pelajar-pelajar Perubatan Mesir
Kredit : Untuk penulis (blogger ini telah kembali ke rahmatullah , semoga Allah merahmatinya)

PENGHARGAAN DARI BUMI PENJAJAH



Wakil-wakil Amerika dan Yahudi mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.

Sumbangan-sumbangan melalui pembelian KFC , McDonald , Coca Cola dan lain-lain telah banyak membantu kami. Terbaru, sumbangan- sumbangan ini telah disalurkan terus kepada
Gaza dalam bentuk bom, roket serta senapang dan peluru-peluru.

Setakat ini angka kematian melebihi 300 orang, kebanyakkannya orang awam. Termasuk kanak-kanak dan wanita. Dilaporkan juga lebih 1000 orang telah cedera.

Dengan sumbangan yang banyak yang tersedia ada, pihak
Israel akan menambahkan lagi serangan ke Gaza. Hal ini bagi mengelakkan rakyat palestin menjadi pengganas.





Kami berbesar hati atas sumbangan ikhlas dari kamu semua. Ingatlah bahawa semua serangan ini hanya untuk mengelakkan keganasan yang lebih teruk.

Pihak kami mendapati bahawa kamu semua mendapat 400 USD sebulan.

Pihak kami menasihati kamu semua supaya terus berbelanja menggunakan duit tersebut untuk diri kamu sendiri dan janganlah banyakkan menderma. Hal ini kerana keadaan ekonomi dunia yang agak teruk. Maka gunakan duit itu sepenuhnya ataupun simpan sahaja.

Cuti musim sejuk ini, pihak kami mendapati ramai dikalangan kamu  berbelanja untuk melancong ke
Luxor, Aswan, Baharia, Turki dan sebagainya. Pasti kan wang simpanan kamu semua dibelanjakan sepenuhnya bagi tujuan ini.

Tidak perlulah anda bersusah payah untuk menderma kepada Palestin. Kondisi kamu sebagai pelajar kelihatan tidak mengizinkan. Ramai lagi umat Islam yang sanggup menderma.

Tiada yang perlu dirisaukan. Rakyat palestin adalah rakyat yang tahan sejuk. Musim sejuk kali ini, mereka tak perlukan selimut-selimut dan baju sejuk.





Rakyat Palestin adalah rakyat yang kurang makan. Jadi, mereka tak perlukan makanan yang banyak.

Rakyat Palestin adalah rakyat yang mempunyai antibodi yang cukup mantap. Kerana itu, mereka tak perlu bekalan ubat ubatan.

Rakyat Palestin adalah rakyat yang mampu berdikari dengan baik. Maka tak perlulah diberikan apa-apa sumbangan kepada mereka.

Percayalah kepada janji Allah, kemenangan Palestin pasti terjadi. Maka kamu semua tak perlulah menderma apa-apa.

Yang pastinya, kamu semua akan menjadi saksi dan menjadi peneman kami semasa di akhirat kelak. Kerana sumbangan kamu semua kepada kami, pastinya persoalan yang akan ditanya Allah kelak. Kamu jawablah sendiri dengan Allah alasan-alasan yang boleh lari dari menyumbang kepada palestin walau pun Palestin itu hanya jiran bumi Mesir sahaja.

Terim kasih sekali lagi kami ucapkan.

Yang Benar,
Zionis Laknatullah
(PENJAJAH BANGSAT BUMI AL-QUDS)





Maka anjurkan bacaan doa yang tidak putus-putus kepada saudara kita di sana. Panjangkanlah berita dan sensitiviti kita ini kepada rakan-rakan kita yang lain. Bumi Palestin ini tidak sanggup dibiarkan basah dengan darah umat yang tak berdosa.

Labuhkan doa dalam qunut saudara dengan Qunut Nazilah. Moga didengar di
ketujuh-tujuh langit, sampai ke Arasyh Allah.
"Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher
musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka


Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan
persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu
kepada mereka.


Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai
Tuhan Yang Bersifat Murka.


Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan
mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
"



dengar dan hayati lah moga ada manfaat

Tv n Radio Online