Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Betul ker nieee cuba anda tengok Betul2--seram


1
Lokasi : Rumah Sewa, Taman Impian Emas, JB

Selesai main bowling petang semalam di DANGA CITY MALL, saya rasa sangat lapar. Balik pula da masuk waktu Maghrib. Sebelum sampai rumah, saya singgah di sebuah restoran untuk memesan nasi goreng pattaya.
Tiba di rumah, hujan renyai-renyai turun mengikut arah angin. Sayup saja waktu Maghrib. Saya bersendirian di rumah. Selesai makan, saya segera mandi dan solat.
Sambil melayari internet, ada rasa sedikit janggal dengan suasana malam. Cuaca sejuk, tetapi tubuh saya berpeluh-peluh. Selepas solat Isya’ sekali lagi saya mandi. Bukan apa, tak selesa dengan tubuh yang berpeluh-peluh ni.
Kemudian, sambung update blog. Malam yang sunyi di sambut dengan suara anjing yang mendayu-dayu seolah-olah seperti suara seseorang sedang meminta tolong.
Saya lihat jam, sudah pukul 11 malam. Saya intai keluar, bulan mengambang penuh. Pelik. Terlalu sunyi sangat-sangat. Sejuk tetapi saya berpeluh-peluh.
Biasanya, pada waktu begini, ada beberapa orang remaja akan ‘melalak’ dengan gitar masing-masing di pondok dekat rumah ni. Tapi malam ni tiada seorang pun di luar rumah dan tiada suara sumbang dan petikan gitar anak-anak ramaja ini.
Malas nak ambil kisah, saya terus melayari internet. Akibat terlalu mengantuk agaknya, saya tertidur tanpa menutup lampu. Situasi itu masih saya sedar.
Jam 3.00 pagi.
Saya terjaga. Cuaca bertambah sejuk, tetapi peluh semakin mencurah-curah. Saya lihat sekeliling. Keadaan sekitar bilik menjadi sangat gelap. Saya mula terfikir. Sebelum tertidur, saya tidak menutup lampu. Tidak mungkin ada rakan yang masuk bilik menunjukkan kerajinan semata-mata mahu menutup lampu.
Lagi pun bilik berkunci. Kipas terpasang di tahap paling maksimum. Siapa pula yang buka kipas ni? Tiba-tiba langsir di tepi tingkap terbang ditiup angin. Eh? Bila pula saya buka tingkap?
Akibat kesejukan, saya menutup tingkap dan kipas. Keadaan yang gelap membuatkan saya teraba-raba mencari selimut. Eh?! Mana pula selimut ni? Kenapa gelap sangat ni?
Saya bingung lalu baring semula dan mata terpandang ke arah syiling rumah. Mata saya terbeliak!! Tidak mampu bercakap apa-apa.
Selimut saya sedang terbang di dalam bilik ‘menyelimuti’ segenap bahagian bilik!! Saya jadi panik. Kemudian terfikir mengapa suasana yang terang boleh jadi gelap.
Saya kuatkan semangat, apa sahaja ayat-ayat al-quran yang teringat pada masa itu semuanya saya baca.
Tingkap terbuka tiba-tiba. Angin bertiup kencang. Langsir berterbangan. Serta merta selimut saya jatuh semula ke lantai. Keadaan menjadi terang semula.
Saya segera mengucap. Bingung tidak tahu apa yang terjadi. Peristiwa lebih 30 minit itu sungguh menyeramkan. Pertama kali kejadian seumama itu terjadi kepada diri saya.
Jam 3.45 pagi
Akibat kejadian itu, saya mula waspada. Tidak boleh tidur. Mata mengantuk. Saya lihat di pintu bilik. Di atasnya ada tersangkut sebuah jam besar. Pagi ini kena bangun awal ke sekolah. Badan letih, dan mengantuk sangat.
Mata saya melirik ke bawah. Pakaian yang digantung di pintu bilik menarik perhatian. Ada sehelai seluar panjang warna hitam yang digantung bersama seluar lain terjulur hingga ke lantai.
Saya segera amati. Timbul persoalan lagi. Mengapa seluar itu terlebih panjang hingga mencecah ke lantai? Saya perhatikan betul-betul.
YA ALLAH!! Itu bukan seluar, tetapi sepasang kaki berbulu!!!. Saya hampir menjerit kerana terkejut. Dalam keadaan bingung, saya kuatkan semangat dan capai sebatang besi di bawah tilam. Dengan kudrat yang ada, saya bangun dan salawat ke atas Nabi lalu libas besi ke pintu. TAANNGGG!!
Saya lihat dengan jelas, ‘si kaki berbulu’ lari menembusi dinding bilik. Saya bingkas bangun dan keluar dari bilik. Di ruang tamu, pintu masuk utama rumah sewa sudah terbuka. (Pada hal dikunci sebelum tidur)
Saya terduduk. Masih bingung dengan apa yang telah terjadi. Tidak berapa lama kemudian, kedengaran azan Subuh. Hati saya menjadi lega. Segera mandi dan solat, saya terus ke sekolah.
Di pertengahan jalan, seorang wanita tua menumpang hendak pergi ke tempat kerja yang kebetulan berhampiran dengan sekolah saya. Saya bersembang dengan wanita itu. Tanpa di soal, wanita itu berkata,
“Cikgu nak tau kenapa dah tak ada budak-budak bising lagi kat pondok tu?”
“Kenapa..”
“Malam semalam dia orang kena kacau dengan langsuir…”
Saya terkedu. Tak tahu nak cakap apa lagi.
“Tempat ni ‘keras’ sikit cikgu. Bawah jambatan tu dulu ada anak dara gantung diri sebab kena rogol…”
“Lain kali cikgu jangan balik malam lagi. Bukan apa, takut cikgu pun ‘terkena’..”
Sekian,

Kadang-kadang kita terlupa......????

Biasanya anak-anak kita tidak sabar menunggu kita pulang dari kerja..nampak jer kereta kita pasti terlompat-lompat lah mereka kegembiraan.Walaupun masih kecil mereka juga mempunyai perasaan..nak diluahkan dengan kata-kata mereka belum pandai ..tapi ia digambarkan melalui ekspressi muka mereka... pasti kita fahammmmmmmmmmmm



Baru..sampai ker.....??



Mmmmm hari-hari aku juga yang balik lambat..dari nusery nie..boringgg..boringgg



Apa alasan..pulak hari niee..........



huhhhh...tak habis..habis bercerita...dah lah sampai lambat...bila nak makan nieee






Janji balik pkul 6 sekarang pukul 9 belum sampai.....heeeeeeer



mmmm dah lapan kali bunyi jam nie...mana mama dengan abah nieeeee



memang...tak lehh percayaaa........................hhhuaaaaaaaaa


Yesssss..!!! dah cakap dah mesti balik rumah awal... kalau aku buat-buat sakit...

Ni Baru Betul Cinta Monyet.. Kelakor la plak tngok...



Seekor monyet di Desa Pasirian di sini 'jatuh cinta' pada seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung, lapor sebuah akhbar semalam. Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra. Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu.



Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya. Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak. "Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah," kata Ali.



Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya. Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra. Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat 'percintaan' antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar. Semasa monyet dan haiwan itu 'berkasih-kasihan,' penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa. 



 http://frompythonimportpodcast.com/wp-content/plugins/powerpress/play_video_default.jpg

Budak Kg vs Budak Bandar....

Situasi 1 :
Suasana kampung kan nyaman?sejuk?sunyi jek?takde dengor bunyi2 moto yg jln tuh dia yg punye, bunyi keta dan maki seranah dari jiran yg tak gheti nak kawal marah tuh..
( gambar hiasan bg menaikkan mud )

Bila tiba kat kawasan kampung..sungguh mcm org 'jakun'. Aku mmg slalu mcm nie gak, dapat tengok sawah, cam nmpk keta ferrari kat depan mate! Punye tenung cam nak terjun dlm tuh, sejuk jek hati pastu mula la berangan lebey! Sampai kdg2 tuh cam tak nak balik ke umah sendiri dah. Nak duk situ jek kan?Jum layan dialog Drama aku! :

Bdk Bandar : Huh..seronok nyee aku tengok kg ko nie!..Segar mate aku tengok, Hijauuu jek!

Bdk Kampung : Ye ke?hehhee, ala aku dah tiap2 hari tengok. Biase dah. Kalau ko nak tau nie la best duk kg!
Bdk Bandar : Best kan?Angin pun sejuk jek..Tapi cam sunyi sangat yea?

Bdk Kampung : Alaaa,adat la tuh. Dah name pun kampung, takde kecoh2 macam kat bandar tuh..:)
Belum pape budak bandar tuh dah kate SUNYI? Terase dah kesunyian kat situ! Baru 1 hari kat Kampung.

( kat Kampung dpt la merase tengok kerbau nie )

( tapi klu kat Bandar, kerbau terus bertukar rupe! The Rock! )

Situasi 2 :
Kalau dah sampai ke Kampung tuh, mesti akan jumpe Sungai2 yg jernih mengalir kan?Paya dgn ade budak2 memancing~Seronok lepak sane, terjun saje! Lipat sane, lipat snie. Last2 sakit bdn2! Standard ar tuh, name pun 'kaki' mandi sg. Tak sah lah klu tak buat stunt2 tuh!

( gambar hiasan )

( gambar hiasan )

Town Boy : Wahhh, ade sungai plak yea! Best2 kalau mandi nie!
Kampung Boy : Haaaa..jum2! Nanti aku bawak ko yea? Leh pancing ikan skali!

Town Boy : Pancing?aku tak pandai la..Pancing awek aku tau ler..
Kampung Boy : Tak kan sane takde tmpat? Sinie blambak2 tau!

Town Boy : Kalau sane, beli kat paso jek. Kat paso byk ikan! Haha.
Macam2 kan? Sampai nak pancing pun takde pot. Ade, tapi maybe jauh sikit la dari Bandar nie, masuk hutan gak ler! Kalau nak mandi Sungai??korang cakap jek Sg mane korang nak terjun??


( Sungai Gombak?ade bran? )
( Sungai Klang plak cmne? )

Situasi 3 :
Bila masuk dalam rumah dan lepak2 dalam bilik. Mesti ade yg 'terkomen' lebih2. Yelah, ade setengah nye belum tkr ke rumah batu lagi kan? Masih rumah papan. Antik wey! Tapi orang kate rumah papan sejuk. Betul ka?waktu malam jek kot. Tapi aku penah jumpe cicak yg besau warna same dgn papan rumah tuh! Gila pelik tengok, cam ganas cket cicak tuh pun ade!
( gambar tatapan mata )

Kampung Girl : Jemput la masuk rumah aku, sori la..umah aku biase2 jek..

Bandar Girl : Thanks! Xpe..aku ok jek (dlm ati risau2 gak tuh )

Kampung Girl : Betul ke ko xkesah?rumah aku takde aircond..ade kipas lipas jek!

Bandar Girl : Ehh..takpe2! (abis la aku,takde aircond lak)..Janji ade angin ckup ler.Ade ke kipas lipas?

Kampung Girl : Ala ko nie, aku main2 jek la..Mne ade kipas lipas. Kipas biase jek..untuk kipas satay tuh! Haha..

Bandar Girl : Ko main2 kan aku kan?takpe. Tapi seyes la, panas gak bilik ko nie..huhu

Kampung Girl : Panas ke?biase jek..malam2 ok la..takde panas sgt! (byk complain la bdk nie )

Kan?Baru sehari. Dah nak 'membebel' macam2. Nie aku baru buat keadaan time intro2, nanti lepas nie aku nak buat macam2 hal lagi la yg happening utk korang! Aku bkn maksudkan mane2 pihak yea. Nie aku bt hasil duk sembang2 ngan kwn2 aku..Nie la hasilnye!haha..

SITUASI 4.
Budak - budak mcm nie kdg2 tak penah kan merase benda2 yg cukup berharga dan bermakna yg ade kat kampung2 nie. Oke, bila bangun pagi kan?kalau kat Bandar ade bunyi2 moto ler, keta, pastu jiran sebelah menjerit kejotkan anak dia! Mcm dia sorang jek ade anak, kita takde! (haha) Tapi klu kat Kampung, kita dgo bunyi burung, ayam, air sungai ker..Kan jadi 'liat' nak bangun gitu? Lagi2 klu hari cuti, nak2 plak sejukk..pehhh~So, bila bangun2 pagi dkt Kampung tuh msti nak g mndi dulu kan?pastu pegi mkn cekodok cecah smbl. Minum teh o panasss..(huh!) Jum lihat :

Budak Kampung : uit,! bangun wey..dah pagi..bgn cepat,pasni aku bwk ko pusing2 kat kg.

Budak Bandar : Oke!

Sejurus jek sampai di kaki dapur, si Polan nie pun mencari la bilik ayo...Rupa2 nye bilik ayo nye diluar, sebab dorang mandi guna perigi..
( gambar hiasan )
Budak Kampung : Ko nak mandi, kna pegi kat luar. Mandi air perigi tau. Cejuk cket laa( ketawa dlm hati )

Budak Bandar : Ye ke? Takde owg intai ke? Aku ingatkan kat umah ko ade Water Heater..

Budak Kampung : Ko jgn rsau laa, takde spe nk tengok ko tuh. Lagipun mndi air sejuk bagus laa..

Setelah hampir 5 minit si Polan ade kat lua, tiba2 masuk kesejukan..

Budak Bandar : Grr..grr...sejukkknya ( berlakon )

Budak Kampung : Aikk, cepatnye ko mandi? Aku rase cam baru jek ko kua..Bunyi air pun tak dgr??

Sebenarnye si Polan tuh cuma berus gigi, pastu cuci mata jek! (haha), sebabnye air perigi memang sejuk beb. Tak biase memang tak leh nk layan.

Kalau di Bandar pula :
Kita mesti terpinga2 klu jmpe benda2 yang pelik kan? Yelah, tak penah jumpe benda mcm tuh kat Kampung..mesti la mcm tak tau jek nak gune. Jadi cam olang buduh sekejap.Nie la yg terjadi bila si Polan terjumpa dgn Water Heater! :

Budak Kampung : Wahh, cantik nye bilik ayo ko! Batu semuaa. Tapi ape benda kat dinding tuh?

Budak Bandar : Haa, biase la..dah name pun duk Bandor! Mesti la canggih cket. Kat dinding tuh nmenye Water Heater.Alat tuk jdikan air sejuk pada air panas.

Budak Kampung : Ye ke? Jadi takde air sejuk?? Aku ingatkan untuk kawal air kuar masuk..( blur kjap )

Korang rase ade tak zaman sekarang yg betul2 tak tau ape kebendanye Water Heater tuh? Aku penah 'dajal' member aku, pegi ejas tmpt Heater tuh bagi panas punye! Lepas tuh dia msuk blik ayo, menjerit tak ingt punye! (haha) Sory geng..

SITUASI 5
Ha..yg nie memang selalu akan happen punye! Permainan budak2 Kampung dan budak Bandar. Tapi kebanyakan dari permainan dorang nie mmg susah nak ditemui la kat Bandar2,sebab rekaan dorang sendri. Contohnye mcm nie :
( kayu lastik )
( buah ceri )
- Ini kalau kena bleh buat org nanges tuh! -
( senapang kayu )
- Pehh, nie mmg betul kreatif! Aku dulu bt yg biase2 jek -
- Ala2 macam askar la konon -

Nie la mainan yg bleh dibanggakan oleh budak2 Kampung. Dorang mmg kreatif, tak tau la sape yg mule2 pengasas nye bt Senapang Kayu nie. Macam2 lagi mainan dorang nie, tapi aku tunjuk yg top2 saje. Jadi sebaliknye kalau kat Bandar plak? Laen plak dorang nie punye permainan. Contohnye :

( action figure )
( PSP )
( kereta kawalan jauh )

Tengok la perbezaan nye kan? Yang dekat Kampung penuh dgn hasil dari pokok2! Dibandingkn plak dgn Bandar, semua nye menggunakan elektronik. Different kan? Kalau yg Kampung ke Bandar or yg Bandar ke Kampung mmg akan belajar mcm2 pengalaman yg menarik!

SITUASI 6

Kerana Nyamuk, habis Kelambu di bakar nye! Erk..takde kne mengena la aku ckp nie. Laen jek bunyinye kan?Apekah yg sebenarnye tersirat dri maksud aku tadi? Sebenarnye pasal waktu tido!! Kat Kampung kan gune Kelambu, tapi di Bandar just gune Kipas Lipas jek, paling kuat pun spray la 'Ridsect' keliling umah.
( gambar hiasan )

Budak Kampung : Weh, jum tlg aku jap pasang kelambu nie..

Budak Bandar : Ko tido pki kelambu ke?Tak panas??

Budak Kampung : Yup! Alaaa, pns apenye?kita kan kat Kampung nie, sejuk jek laa..Lagipun kang kena gigit nyamuk!

Budak Bandar : Ye ke??Tido dlm kelambu?cm melemaskan jek...Tak selesa laaa.Aku tido lua jelah ye?

Budak Kampung : Alaaa.nanti byk nyamuk..ko tak nyesal ke?

Budak Bandar : Takde laa, aku tutup ngan selimut nanti..

Pappp!Pappp!Pappp!!..Haishhh..
Penyudah nye, malam tuh ttup juga ngan selimut. Tapi nyamuk tetap kaco kat tlinga. Jenuh tepuk kiri-kanan, tak juga mati2. Besok paginye...

Budak Kampung : Aikkk, bila ko tido atas katil nie?

Budak Bandar : Semalam ler, tak larat la byk nyamuk!

Budak Kampung : Hahahaha..Kan aku dah kate..Degil!!

Tuh laa..'Act' lagi! Last2, tido juga dalam kelambu!

by cekgu arni...

7 jenis wajah mayat di dalam kubur




1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?


3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.


4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.


5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.


6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.


7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Tv n Radio Online