Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Yahudi kotori masjid

RAMALLAH: Penduduk Yahudi dipercayai mencemari masjid sebuah kampung di timur Haifa dengan menconteng dinding rumah ibadah itu dengan kata-kata menghina umat Islam.

Penduduk Kampung Ibtin berkata, penduduk Yahudi yang radikal mencemari Masjid Omar Ibn al-Khattab di kampung berkenaan.

Antara kata-kata yang diconteng pada dinding masjid berkenaan berbunyi: ‘Akan ada peperangan antara Israel dengan Tebing Barat’ dan ‘Bangunan ini sudah ditetapkan untuk dirobohkan.’ Pelampau Yahudi itu turut menconteng beberapa bintang lambang Israel.

Penduduk tempatan mengesyaki beberapa penduduk Yahudi di sekitar kampung itu terbabit dalam perbuatan berkenaan.

Penceroboh Yahudi di kawasan itu sebelum ini sering melancarkan serangan terhadap harta benda penduduk Palestin di beberapa kawasan di Tebing Barat termasuk membakar masjid dan kenderaan penduduk Palestin. — Agensi

Masyarakat Cina Hong Kong lawat kubur melalui internet

HONG KONG: Kematian kini juga tidak dapat lari dari internet selepas kerajaan Hong Kong meluaskan gerbang elektronik kepada perkuburan alam maya.Dalam masyarakat Cina, saudara mara si mati akan melawat perkuburan sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memberikan penghormatan kepada si mati.
                  

          
 
Tetapi kini mereka hanya boleh melawat kubur maya dan mewujudkan satu laman secara percuma melalui memorial.gov.hk di internet.

Lebih 100,000 pengguna boleh memuat turun gambar dan video orang tersayang, menulis penerangan dan memberikan ucapan takziah.

Keluarga dan rakan boleh membuat tawaran secara tradisi sama seperti kostum Cina dengan menggunakan simbol emotikon termasuk buah-buahan, bunga dan lilin.

Malah turut disediakan emotikon babi panggang, ayam, dan wang kertas yang biasa ditawarkan untuk perkuburan dalam masyarakat Cina.

Mereka juga boleh memuat turun sebarang imej gambar khas yang berkaitan dengan si mati termasuk halaman perlumbaan malah akhbar atau makanan kegemaran si mati.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan bagaimana mengenai keperluan penting lain seperti asap dan bauan.

“Tinggalkan mesej anda kepada orang tersayang dengan memori,” antara yang tertulis di halaman web berkenaan yang mendakwa bertujuan memudahkan orang ramai memberi penghormatan kepada si mati dan menyampaikan ucapan takziah kepada orang yang disayangi tidak kira masa atau di mana mereka berada.

Bagaimanapun hanya penduduk Hong Kong yang boleh berdaftar dan ia adalah membabitkan kematian yang sah yang sudah dikebumikan atau dibakar di bandar raya terbabit.

“Golongan muda mungkin menyukai idea ini,” kata Ng Yiu-tong, pengerusi persatuan pengebumian bandar raya terbabit kepada akhbar South China Morning Post. “Bagaimanapun generasi tua tentu masih memilih untuk melawat sendiri ke perkuburan.” – AFP

Lelaki Telur di World Cup....

Filem barat spiderman, filem malaysia cicakman???.. misti baca..

kita dapat lihat peranan binatang dalam penghijrahan rasulullah ke madinah. seperti labah-labah yang bersarang untuk menafikan rasulullah ada di dalam gua bersembunyi. maka labah-labah berdosa jika dibunuh. maka filem barat buat filem


tetapi kita cicak musuh nabi yang berbunyi di dalam gua untuk menyatakan kehadiran rasulullah kepada kaum musyrikin. maka filem malaysia buat filem


sudah terbalikkah mentaliti orang kita?

Tv n Radio Online