Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Ingin Melihat ALLAH???






Hadith :


Dari Abdullah bin Syaqiq, katanya: “Kataku kepada Abu Zar: Sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. nescaya kutanyakan kepada beliau suatu soalan. Kata Abu Zar:” Tentang apa?” Jawab Abdullah:” Apakah tuan melihat Allah?” Kata Abu Zar:” Itu pernah ku tanyakan kepada beliau, dan dijawabnya:” Saya hanya melihat sinar (nur)”.

(Muslim)



Huraian


Masuk syurga itu adalah nikmat yang teramat besar. Namun, kenikmatan syurga tiada sebanding dengan nikmat menatap wajah Allah secara langsung. Itulah puncak dari segala puncak kenikmatan dan kebahagiaan. Rasulullah s.a.w sendiri menjanjikan hal ini dan baginda pernah menyebut bahawa umatnya akan dapat melihat Allah SWT di hari akhirat kelak. Tentang melihat Allah ini, Allah SWT berfirman mengisahkan permintaan Musa untuk melihat-Nya: “Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka nabi Musa (merayu dengan) berkata:” Wahai Tuhan ku, perlihatkanlah kepadaku (zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu.” Allah berfirman: ”Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada di tempatnya (sebagaimana sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku.” Setelah Allah ‘Tajalla’ (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) ‘Tajallinya’ menjadikan gunung itu hancur lebur dan nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula berkatalah ia:” Maha Suci Engkau (wahai Tuhan ku), aku bertaubat kepada Engkau dan akulah orang pertama beriman (pada zamanku)” (al- A’raf : 143). Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa, tiada daya sekalian makhluk melainkan dengan keizinan dan rahmat-Nya jua.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Inikah kita?

Bila difikirkan.. . Kita tak sedar pun bahawa kita telah lalai kepadaNYA...
 
Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang

email
ini namun

saya
telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH
, bila
saya membaca

e-mail
ini,

saya
fikir

saya
tidak ada masa untuk

ini....
Lebih lebih
lagi diwaktu kerja.



Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran

semacam inilah yang ......
Sebenarnya,

menimbulkan
pelbagai masaalah di dunia ini.


Kita cuba menyimpan

ALLAH
didalam MASJID pada
hari

Jumaat......

Mungkin malam
JUMAAT?


Dan sewaktu solat
MAGRIB SAJA?

Kita suka
ALLAH
pada
masa kita

sakit....


Dan sudah pasti waktu ada

kematian...

Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk
ALLAH
waktu
bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung

padaNYA..

Semoga
ALLAH
mengampuni
aku kerana menyangka... ...
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu

dimana ALLAH
bukan
lah yang paling utama dalam hidup

ku..
(nauzubillah)



Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah
DIA
berikan
kepada kita.

DIA
telah
memberikan segala-galanya kepada kita

sebelum
kita meminta.

RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR
MENGHAYATI!!
!



Ya aku
CINTA ALLAH ...


Dia
adalah
sumber kewujudanku dan

Penyelamatku



IA
lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari.
TanpaNYA
aku
adalah
HAMPAS
yang tak
berguna.


Ini adalah ujian yang
mudah.


Kalau anda benar meyintai
ALLAH dan
tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi
ALLAH
kepada
mu....


Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda



Sekarang!!!
Anda ada
masa kah untuk berbuat

demikian?



Pastikan anda scroll hingga
ke penghabisan.



Susah vs. Senang



Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran
?




Kenapa mengantuk dalam
MASJID
tetapi
sebaik saja selesai ceramah

kita
segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama
tetapi
kita
bangga mem
Unicode"">"forward"
kan email
yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang
pernah kita terima.

Solat
adalah yang terbaik.....


Tidak
perlu
bayaran , tetapi

ganjaran lumayan.



Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia

TIDAK
Beriman PADA ALLAH
setelah
itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.





Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "
AKU
BERIMAN PADA ALLAH
" TETAPI
SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes"
in
ALLAH ).



Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar
bagai api yang tidak terkawal.., tetapi bila anda hantar email
mengenai
ISLAM , ramai
orang fikir 10 kali untuk berkongsi?





Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan
menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka
terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?...




Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap
anda.




Aku ber
DOA , untuk semua yang
menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.
 

Bezanya ..antara satu masa dahulu

Pulau Pinang

Ni dulu..Sekarang?


Penang Port 1826






Tiket Bas

Penang hill 1818

Jambatan keretapi yang merentasi Sungai Krian, Nebong Tebal. (tahun tidak diketahui)

Kampong Sungai, Penang (tahun tidak diketahui)
Sumber: Abd Majid Awang - Antiques & Collectibles

Lebuh Chulia (tahun tidak diketahui)
Sumber: Abd Majid Awang - Antiques & Collectibles

Weld Quey, Penang 1910
Sumber: Abd Majid Awang - Antiques & Collectibles

Electric Tramway 1920
Kelihatan Tramcar sedang bergerak di tengah-tengah ladang kelapa Air Hitam
Sumber: Abd Majid Awang - Antiques & Collectibles

Penang Road

Feri 1958

Hill Railway

Bas dua tingkat telah lama digunakan

Penang Hill

Species baru babi??...mcm2 ujian kita...

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA 

 

Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.

Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria














MASYALLAH...!!!!! MAKIN MENJADI2 ORG YAHUDI HENDAK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM.SUDAH MASANYA KITA MEMPERTAHANKAN MARUAH UMAT ISLAM,TAK GUNA HANYA BERHARAP PD PIHAK BERKUASA SAJA.!!!! MARI SEMUA UMAT ISLAM KITA SAMA2 MEMPERTAHANKAN MARUAH & KESUCIAN AGAMA ISLAM.ALLAHHUAKBAR...ALLAHHUAKBAR.....!!!!
JAKIM, mainkan peranan.. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. 

Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim. 

Ingatlah, agenda kafir untuk mempersendakan kesucian agama Islam 
   takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan mereka. Umat islam, berhati-hati..

Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku


rm21 thumb Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku

Kagum betul dengan semangat murni Pengusaha Restoran Malaysia Negara Ku ni,artikel kat bawah ini adalah forward email yang masuk ke kotak email cikmin,kerana terlalu menarik cikmin dikongsikan disini.Jom kita serbu Shah Alam ramai-ramai.

SHAH ALAM, 13 Ogos – Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di Restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.

Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia .

Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.

Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.

Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.

"Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.

Restoran ini menggunakan konsep layan diri.

rm22 thumb Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku

Antara mereka yang berbuka puasa dengan hanya RM2.
"Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan… ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.

Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.

"Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.

"Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.

"Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.

Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.

Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia .

"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.

"Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar.

Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.

"Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.

"Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya.

Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.

"Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.

"Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yang sama," katanya.

rm23 thumb Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku

Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.

Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa.

"Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu.

"Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.

Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak.

Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang.

Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah.

"Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga.

"Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya.

Nota Jari:Biasa dengar kedai RM2 yang jual barang-barang rumah :P:P

Tv n Radio Online