Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Penghargaan dari bumi Penjajah (Israel) ...


"Daripada : Warga yahudi
Kepada : Pelajar-pelajar Perubatan Mesir
Kredit : Untuk penulis (blogger ini telah kembali ke rahmatullah , semoga Allah merahmatinya)

PENGHARGAAN DARI BUMI PENJAJAH



Wakil-wakil Amerika dan Yahudi mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.

Sumbangan-sumbangan melalui pembelian KFC , McDonald , Coca Cola dan lain-lain telah banyak membantu kami. Terbaru, sumbangan- sumbangan ini telah disalurkan terus kepada
Gaza dalam bentuk bom, roket serta senapang dan peluru-peluru.

Setakat ini angka kematian melebihi 300 orang, kebanyakkannya orang awam. Termasuk kanak-kanak dan wanita. Dilaporkan juga lebih 1000 orang telah cedera.

Dengan sumbangan yang banyak yang tersedia ada, pihak
Israel akan menambahkan lagi serangan ke Gaza. Hal ini bagi mengelakkan rakyat palestin menjadi pengganas.





Kami berbesar hati atas sumbangan ikhlas dari kamu semua. Ingatlah bahawa semua serangan ini hanya untuk mengelakkan keganasan yang lebih teruk.

Pihak kami mendapati bahawa kamu semua mendapat 400 USD sebulan.

Pihak kami menasihati kamu semua supaya terus berbelanja menggunakan duit tersebut untuk diri kamu sendiri dan janganlah banyakkan menderma. Hal ini kerana keadaan ekonomi dunia yang agak teruk. Maka gunakan duit itu sepenuhnya ataupun simpan sahaja.

Cuti musim sejuk ini, pihak kami mendapati ramai dikalangan kamu  berbelanja untuk melancong ke
Luxor, Aswan, Baharia, Turki dan sebagainya. Pasti kan wang simpanan kamu semua dibelanjakan sepenuhnya bagi tujuan ini.

Tidak perlulah anda bersusah payah untuk menderma kepada Palestin. Kondisi kamu sebagai pelajar kelihatan tidak mengizinkan. Ramai lagi umat Islam yang sanggup menderma.

Tiada yang perlu dirisaukan. Rakyat palestin adalah rakyat yang tahan sejuk. Musim sejuk kali ini, mereka tak perlukan selimut-selimut dan baju sejuk.





Rakyat Palestin adalah rakyat yang kurang makan. Jadi, mereka tak perlukan makanan yang banyak.

Rakyat Palestin adalah rakyat yang mempunyai antibodi yang cukup mantap. Kerana itu, mereka tak perlu bekalan ubat ubatan.

Rakyat Palestin adalah rakyat yang mampu berdikari dengan baik. Maka tak perlulah diberikan apa-apa sumbangan kepada mereka.

Percayalah kepada janji Allah, kemenangan Palestin pasti terjadi. Maka kamu semua tak perlulah menderma apa-apa.

Yang pastinya, kamu semua akan menjadi saksi dan menjadi peneman kami semasa di akhirat kelak. Kerana sumbangan kamu semua kepada kami, pastinya persoalan yang akan ditanya Allah kelak. Kamu jawablah sendiri dengan Allah alasan-alasan yang boleh lari dari menyumbang kepada palestin walau pun Palestin itu hanya jiran bumi Mesir sahaja.

Terim kasih sekali lagi kami ucapkan.

Yang Benar,
Zionis Laknatullah
(PENJAJAH BANGSAT BUMI AL-QUDS)





Maka anjurkan bacaan doa yang tidak putus-putus kepada saudara kita di sana. Panjangkanlah berita dan sensitiviti kita ini kepada rakan-rakan kita yang lain. Bumi Palestin ini tidak sanggup dibiarkan basah dengan darah umat yang tak berdosa.

Labuhkan doa dalam qunut saudara dengan Qunut Nazilah. Moga didengar di
ketujuh-tujuh langit, sampai ke Arasyh Allah.
"Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher
musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka


Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan
persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu
kepada mereka.


Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai
Tuhan Yang Bersifat Murka.


Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan
mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
"



dengar dan hayati lah moga ada manfaat

Tv n Radio Online