Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Artis Kantoi tak puasa di Facebook

Dengarnya: Kantoi tak puasa di Facebook


[artis+makan.jpg]
gambar perhiasan


2010/08/23
SEJAK laman sosial Facebook popular, Cik Nor lihat ramai selebriti menggunakan alat ini untuk mendekatkan diri mereka dengan peminat. Menerusi Facebook juga artis boleh memaklumkan kepada peminat mengenai aktiviti seharian. Berkongsi cerita, suka dan duka serta memberi peluang kepada peminat melihat koleksi gambar yang mungkin eksklusif dan tidak pernah tersiar di mana-mana media.

Cik Nor dan rakan-rakan pun ada ketikanya menggunakan laman sosial ini untuk berhubung dengan artis terutama dalam bab kerja.

Bukannya apa, teknologi sudah ada di depan mata, jadi gunakanlah sebaik mungkin. Kalau telefon tak dapat, Cik Nor akan SMS. Kalau SMS tak mendapat balasan, Cik Nor hantar mesej di Facebook. Kalau artis itu bijak dan berakal, tentu dia membalasnya.
Berbalik kepada artis dan Facebook, sebenarnya ada cerita lebih sensasi yang ingin Cik Nor kongsi. Ia membabitkan seorang artis remaja yang baru berjinak-jinak dalam bidang seni. Dia ini memang hidup dan matinya untuk Facebook. Cik Nor katakan begitu kerana dia memang suka kemas kini status dirinya banyak kali dalam satu hari. Ala-ala selang beberapa minit, statusnya pasti berubah.

Ada saja cerita yang ingin dikongsikan bersama teman ataupun peminat. Hendak dijadikan cerita, satu hari dia pergi ke luar negara atas urusan kerja. Jadi, dari mula hendak berangkat hinggalah tiba di destinasi yang dituju, tak henti-henti memaklumkan perkembangan terbarunya itu di dinding laman sosialnya itu.


Tapi apa yang membuatkan Cik Nor terkejut apabila si artis ini turut mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan dia sedang enak menjamu selera di sebuah restoran, pada siang hari pada bulan puasa!


Sumber Cik Nor yang melihat status artis terbabit turut terkejut kerana setahu dia ketika kenyataan itu ditulis, matahari memang sedang tegak di kepala. Waktu berbuka puasa mana yang diikut artis terbabit kerana setahu Cik Nor, waktu di Malaysia dan negara terbabit sama saja. Tak adalah jarak perbezaan yang ketara macam di negara empat musim.

Apakah dia tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai begitu saja. Cik Nor tahulah dia bukan berada di Malaysia, tetapi berpada-padalah nak buat kerja macam itu. Cik Nor diberitahu, sebaik saja dia menulis status itu, banyak komen diterima sehingga artis terbabit terpaksa memadamnya. Itulah! Lain kali jangan ghairah sangat nak mengemas kini status. Kan dah kantoi!


http://i253.photobucket.com/albums/hh57/putera_google/1255112994188.jpg 

Tv n Radio Online