Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Faizal Tahir Ajak Selebriti Menderma Untuk Anak Palestin

    
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
        
Faizal Tahir (kiri) bersama Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus ketika berkunjung ke Lubnan sebagai Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin oleh TV3 pada 12 Ogos lalu selama enam hari. - Foto TV3


DUTA Kempen Bebaskan Bumi Palestin TV3, Faizal Tahir mengajak setiap selebriti untuk menderma sebanyak RM170 sebulan kepada seorang anak angkat dari Gaza.

Derma tersebut merangkumi perbelanjaan harian termasuk makan dan minum anak-anak itu.


Program tersebut dianjurkan dan diuruskan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Aqsa Syarif Berhad yang mempunyai hubungan dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara itu.


Penyanyi dan komposer itu berkata, selebriti dan sesiapa sahaja hanya perlu melayari laman web
www.aqsasyarif.com untuk mendapatkan borang permohonan pengambilan anak angkat itu.

Bagaimanapun, mereka tidak boleh memilih latar belakang atau fizikal anak angkat tersebut sebaliknya akan ditentukan oleh pihak Aqsa Syarif sendiri.

        
Antara anak-anak pelarian Palestin yang menunggu sumbangan yang diberikan dengan penuh gembira dan teruja.


“Saya rasa program anak angkat ini perlu dimulakan di kalangan selebriti kerana selepas itu baru ia akan menjadi ikutan orang lain. Saya mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan mesej kepada semua orang termasuk public figure.

“Jika mereka tidak mahu membiayai anak angkat itu selama-lamanya, sekurang-kurangnya dalam setahun pun sudah mencukupi.

“Pada saya, elemen hiburan merupakan senjata yang paling berkuasa untuk melakukan kerja-kerja seperti ini sebab apa yang dilakukan oleh seseorang selebriti itu akan menjadi ikutan.

"Saya rasa bertuah dapat melakukan kerja-kerja seperti ini walaupunia bukanlah suatu perkara yang baru,” ujarnya dalam satu sidang media di Sri Pentas TV3, Rabu.

        


Walaupun setiap selebriti tidak boleh menjaga anak angkat masing-masing, tetapi mereka dibenarkan melawat selang beberapa bulan sekali.


Setakat ini Aqsa Syarif telah menerima 50 permohonan pengambilan anak angkat dari luar Palestin manakala 320 orang di dalam Palestinsejak program itu dilaksanakan kurang empat bulan lalu.


Setakat ini, Faizal baru sahaja mengeluarkan idea tentang program pengambilan anak angkat melibatkan selebriti itu kepada pihak TV3 dan akan berbincang mengenainya kemudian.


Pada 12 Ogos hingga 18 Ogos lalu, Faizal dan kru TV3 berkampung di Lubnan untuk melihat sendiri penderitaan dan kehidupan yang dilalui oleh pelarian Palestin.


Misi mereka ke sana juga dilakukan bagi menjayakan rakaman tiga episod khas
Bersamamu: Bebaskan Bumi Palestin yang akan bersiaran pada 25 Ogos, 1 September dan 8 September ini, pukul 9.30 malam.

“Setelah empat tahun bergelar penyanyi, kali ini baru saya rasakan yang tugas saya tidak tertumpu kepada nyanyian semata-mata.


"Saya harap apa saya lakukan ini menjadi contoh kepada selebriti lain kerana saya sanggup tinggalkan kerja, keluarga dan negara demi menjayakan misi ini.


“Insya-Allah, pada hujung tahun ini saya akan pergi ke sana lagi.Saya berharap untuk memberi didikan tentang pengetahuan komputer, bahasa Inggeris dan perubatan kepada mereka,” katanya penuh bersemangat.


Setelah menjejakkan kaki di Lubnan, Faizal berasa insaf selepas melihat kehidupan pelarian Palestin yang hidup serba kekurangan.

Faizal sempat mengunjungi Kem Pelarian Sabra Shatila dan KemPelarian Barajneh di Beirut, Kem pelarian Beddewi di Utara Lubnan danKem Pelarian Tyre di Selatan Lubnan.         

good job FT!!! well done!!!

Tv n Radio Online