Seorang pelajar kelihatan sedang menunggu bas yang sedang memasuki sebatang jalan menuju ke kepada sebuah stesen bas. Ketika bas mula perlahan dia melompat pada ketinggian 10 kaki ke bumbung bas sebelum berbaring.
Sebaik berada di atas bas, ia bangun dan berlari ke bahagian belakang bas dan melompat pada ketinggian 15 kaki daripada bumbungnya ke jalan raya. Klip video 16 saat bertajuk Bus Jump telah menarik lebih daripada 3,000 hit di YouTube.
Debbie Riley, seorang ibu kepada dua anak yang tinggal berhampiran stesen bas itu di Maidstone, Kent, berkata: “Ia begitu berbahaya. Budak lelaki itu boleh terbunuh. Galakan rakan-rakannya yang mendorong pelajar berbuat demikian sangat tidak bertanggungjawab."
Ketua Inspektor, David Pascoe, berkata: “Ia perbuatan bodoh dan lagak ngeri ini tidak bertanggungjawab. Kami mengingatkan ia bukan sahaja untuk keselamatan pelajar itu, tetapi juga terhadap orang ramai. Sekiranya lompatan ini tersalah perhitungan, sudah tentu ia boleh berakhir dengan tragedi.”