Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Tiada Bas Sekolah?


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/24/13222648_21n.jpg
Daisy Mora 9 tahun melalui perjalanan ini setiap hari untuk mendapatkan ilmu, bersama adiknya yang berusia 5 tahun yang berada di dalam beg kain itu.

Colombia, 24 Mac -- Ketinggian lebih daripada 1,300 kaki di atas Negro Rio di Colombia. Daisy Mora yang berusia 9 tahun siap sedia untuk 'menyeberang' jurang yang terbentang.

Dengan hanya bergantung kepada satu takal lama dan berkarat sebelum jatuh menjunam pada kelajuan 40mph sepanjang satu kabel antara dua tebing yang bertentangan kira-kira sejauh setengah batu jauhnya - itulah laluan yang perlu dilaluinya setiap hari untuk ke sekolah.

Untuk kegunaan keluarga yang tinggal di kawasan, 40 batu ke arah tenggara ibu kota Bogota, 12 kabel keluli yang menyambungkan antara satu lembah ke lembah yang lain membantu penduduk di sini untuk mengakses ke dunia luar.

Penjelajah Jerman, Alexander von Humboldt adalah warga barat pertama menemui cara sistem takal luar biasa ini pada 1804.

Ia pada asalnya dibuat daripada fiber hemp, tetapi kabel-kabel telah dipasang sejak adanya aktiviti pembalakan dalam hutan hujan di sekeliling. Adanya sistem pengangkutan ini memudahkan peneroka haram untuk berladang dan penternakan lembu.

Sehingga hari ini, kabel-kabel itulah satu-satunya pengangkutan yang tersedia untuk mereka yang tinggal dalam kawasan pedalaman.
http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-03/24/13222648_11n.jpg

Para petani menggunakan ianya untuk mengangkut barangan ke bandar yang berdekatan, bagi kanak-kanak seperti Daisy dan adiknya Jamid yang berumur 5 tahun, ia merupakan peluang untuk mereka ke sekolah.

Jamid terlalu muda untuk menunggang kabel, Daisy terpaksa mendukungnya di dalam sebuah beg kain, dan mengawal kelajuan dengan garfu kayu.

Tv n Radio Online