Boleh jadi perkara yang kita tidak suka itu baik untuk kita
Kadang-kadang apa yang kita nak, apa yang kita mahu tak akan sama dengan apa yang kita impikan. Kita minta yang lain, tapi Allah beri sesuatu yang lain. Hakikatnya, kita semua mesti mahukan yang terbaik dalam semua hal. tapi kita ni siapa? cuma seorang insan dan hamba yang kerdil di hadapanNya. Yelah.. Hamba mana yang tak pernah di uji olehNya. Oleh sebab itulah kita sebagai hambanya kena yakin Allah yang menciptakan kita maka Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya. Sayangnya, kita tak pernah nak bersyukur apa yang dah diberikan. Cepat sangat merungut. Namun sudah lumrah, manusia yang dicipta memang bersifat suka mengeluh.
Saya sendiri berharap dapat sentiasa yakin dengan sabda Rasulullah s.a.w ini :
“Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan.”(Riwayat Bukhari).
Ya.. saya berharap ianya dapat menjadikan hati yang lemah ini menjadi kembali kuat. Bila di uji, Allah sememangnya bukan tidak sayangkan kita tapi sebenarnya Dia sedang merancang sesuatu yang baik untuk kita. Tak dinafikan kita manusia yang lemah yang terkadang bila di uji, kita rasakan seperti yang kita tak mampu untuk memikulnya. Yang sebenarnya ketika itu lah kita sepatutnya sedar, Allah sedang bentangkan luas jalan untuk kita kembali kepadaNya. Carilah masa untuk kita sujud lama-lama. Mohonlah apa saja daripada Allah s.w.t. InsyaAllah Dia pasti makbulkan.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.”

