Peristiwa ini berlaku beberapa hari sebelum bulan Ramadhan yang baru ini.
Kesah ini berlaku keatas aku, pada hari Khamis malam jumaat, tak yah lah aku beritahu tarikhnya. Aku memang suka melepak sehingga tengah malam dikebun aku untuk mencari ketenangan. Aku tenguk jam tangan kecil dan comel yang aku pakai milik seseorang. Malam dah agak lewat, hampir 12.00 tengahmalam. Aku terpaksa pulang sebab esuknya ada kerja yang wajib aku tunaikan.
Aku redah semak-semak dilaluan keluar kebun untuk aku mendapatkan kereta aku dihujung titi. Namun aku tidak pedulikan bunyi-bunyi unggas malam dan kekadang bunyi salakan anjing yang datang dari kandang lembu sebelah kebun ku itu.
Sesampai sahaja dikereta, aku keluarkan kunci kereta dari poket seluarku dan membuka pintu kereta lantas aku masuk dan menghidupkan enjin kereta. Sebelum aku memandu, doa memandu aku panjatkan kehadrat Illahi bersama selawat keatas nabi SAW. Aku terus memandu, sesampai dihujung simpang ke jalan besar ada terdapat sebuah pondok hentian bas. Aku amati seperti ada seseorang yang sedang duduk disitu. Aku berdebar dan bulu-bulu roma ku meremang. Namun ku gagahi juga untuk menekan minyak.
Sesampai disimpang tersebut, tetiba seseorang yang berpakaian berputih bangun dari hentian bas itu dan menahan aku. Aku tersentak dan terkejut lalu menekan brek kereta. Alhamdullilah, dengan tidak sengaja aku terucap perkataan itu kerana aku dapat memberhentikan kereta aku dan tidak melanggarnya. Rupanya seorang gadis yang berdiri dihadapan kereta aku sambil menjinjing beg pakaian. Aku amati dan akhirnya, perempuan tersebut datang kesisi kereta ku lantas bertanya, “bang, boleh tolong saya?”
Dalam aku takut, ada perasaan simpati didalam hati aku. “Kemanalah dia nak pergi malam-malam nih”, hati aku tertanya-tanya sendiri.”Abang, tolonglah saya, hantarkan saya ke Hospital Kajang, ayah saya sakit tenat, saya bergaduh dengan boyfriend saya tadi lantas dia tinggalkan saya disini.”Dia menyambung lagi, “bang saya sanggup bayar berapa sahaja yang abang nak.”
Belum sempat aku menjawab, perempuan yang aku lihat begitu cantik juga dari samar-samar cahaya jalan terus masuk kedalam kereta ku dibahagian hadapan penumpang dan menguncikan pintu kereta. Aku menjadi gelabah dan takut. Nak aku suruh dia keluar balik dari kereta aku kasihan. Akhirnya aku membisu dan terus memandu. Jantung ku berdegup laju. Aku ketakutan. Takut-takut aku diperangkap oleh penjenayah yang hendak menyamun aku. “Tapi aku mana lah ada wang yang banyak”, bisik hati ku. Takut juga tetiba nanti aku pula didakwa merogol sigadis manis ini. Aku cuba menepis segala wasangka. Aku Cuma mahu membantunya itu sahaja yang aku simpan didalam hati. Yang sangat herannya kenapalah gadis ini boleh berada dihentian bas diwaktu malam-malam begini seorang diri.
Dalam perjalanan ke hospital kajang aku membisu seribu bahasa. Begitu juga dengan sigadis itu.
Tetiba, aku mula berasa seram dan meremang bulu roma bila aku melintasi kubur di Sungai Tangkas. Bau wangian menusuk-nusuk didalam hidungku. Aku mula membaca apa-apa ayat suci yang terlintas didalam kepala ku. Peluh mula membasahi dahi dan tubuh badan ku. Tidak terasa lagi penghawa dingin yang aku pasang. Aku makin tidak tenang. Gadis itu kelihatan agak bersinar bila kereta aku bertembung dengan kereta lain yang datang dari hadapan. Fikiran aku mula bercelaru. Inikah hantu yang selalu mereka ceritakan pada aku? Aku bertambah gabrah...
Aku cuba memberanikan diri dengan mencuri-curi pandang ke arah gadis tersebut. Tetapi di sedari oleh gadis tersebut. Gadis tersebut membalas pandang dengan senyuman dan menampakkan giginya yang putih bersih. Ditambah lagi dengan baju yang dipakainya, putih dan bersih.
Lalu aku memberanikan diri dan bertanya dengan sigadis tersebut, “kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?”
Lalu dia menjawab, “ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat..” “Saya ada kelas Yasin… tetiba hospital talipun beritahu ayah saya sedang nazak dan tenat”.
“Tapi, kenapa putihnya lain macam jer, tak pernah pun saya tenguk atau terjumpa,” tanya aku lagi untuk menghilangkan rasa takut yang amat sangat walaupun suara yang keluar dari mulut ku amat ketara terketar-ketar.
“Apa yang lainnya… sama ajekan. Eh, betul ke tak pernah tenguk atau jumpa?”, Jawapnya sigadis selamba.
“Eyea, lain macam aje, seram pulak saya dibuatnya,” jawab ku lagi. “Ehh, takkan sampai nak seram…,” lalu sigadis menyambung lagi….

“PAKAI AJE LE BREEZE COLOUR BARU!!!!