Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

TAAT PADA SUAMI ATAU IBU ??

Di zaman Rasulullah dulu, ada seorang sahabat yang ingin berperang, dan berpesan kepada istrinya untuk tak meninggalkan rumah selama dia tak ada. Istri sahabat ini berjanji patuh. Namun, nasib memang susah diduga. Berselang hari, datang seorang utusan dari keluarganya, dan mengabarkan tentang ibunya yang sakit keras, dan mengharap kedatangan si istri. Si istri ini, dengan meminta maaf, berkata tak dapat hadir. Suaminya tak ada di rumah, dan dia telah berjanji untuk patuh pada pesan suami, tak akan meninggalkan rumah. Si utusan paham.

Sehari kemudian, utusan itu datang lagi, mengabarkan si ibu sakitnya kian menjadi. Si istri tetap kukuh, dan tak ingin ingkar janji. Keesokan lagi, si utusan datang, dengan wajah yang pucat. Dia mengabarkan, si ibu telah berpulang, dan sampai akhir hidupnya, dia tak melihat wajah anaknya. Si istri menangis, tapi dia tak berani menghadiri pemakaman itu. Dia harus patuh pada suaminya.

Lama setelah peristiwa itu, bertanyalah sahabat kepada Rasulullah atas peristiwa itu. Mereka sebagian "mencela" kepatutan sang istri pada suami. Tapi apa kata Rasulullah? "Karena kepatuhan istrinya itulah, ibunya kini telah berada di syurga." Sungguh kisah yang luar biasa.

Jadi ibu, patuh pada suami memang wajib hukumnya. Namun, kepatuhan itu bersyarat. Syarat itu tentu tidak bertentangan dengan agama kita. Kedua, kepatuhan itu juga wajib untuk suami yang seagama dengan kita. Dan ketiga, kepatuhan itu wajib sepanjang suami berada di jalan yang benar.


Pertama : Perintah Allah

Allah memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayan suaminya dengan sebaik mungkin. Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat Tirmidzi )

Mentaati dan melayani suami merupakan salah satu ibadah yang mana para isteri mendapat ganjaran di dunia, sementara di akhirat pula mendapat pahala. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya: Jika seorang isteri menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga kesucian dirinya, dan taat kepada suaminya, dia akan masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.

Kedua : Kedudukan (martabat) suami

Lelaki adalah pemimpin kepada wanita, khususnya suami terhadap isteri. Firman Allah didalam al-Qur`an yang bermaksud : Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita. Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (Al-Nisa :34 )

Firman Allah lagi maksudnya : Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban mereka menurut cara yang baik akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya. ( Al-Baqarah : 228)

Ketiga : Kewajiban isteri

Setiap wanita ingin dikasihi, mendapat pembelaan dan perlindungan daripaada seorang suami. Tapi bukan kesemuanya bernasib baik. Masih banyak lagi yang bergelar tidak berpeluang bersuami walaupun dikalangan mereka itu ada yang berjawatan tinggi, cantik dan berharta.

Maka bagi wanita yang bertuah dan bernasib baik kerana telah bersuami ini, apakah ada cara lain untuk melahirkan rasa syukur dan tanda terima kasih selain daripada mentaati dan melayani suami dengan sebaik-baiknya? Kenanglah jasa dan kebaikan suami, pasti akan lahir rasa tanggungjawab untuk mentaati dan melayaninya dengan sebaiknya . tapi jika datang dugaan yang menyakitkan hati jangan kamu sesekali meminta cerai dari suami mu,

Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:

Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga.”

Kewajiban isteri melayan dan memuliakan suaminya terlalu besar dan membawa erti yang besar kepada wanita. Sayidatina Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata : " Wahai kaum wanita ! seandainya kamu mengerti kewajiban terhadap suamimu, tentu seorang isteri daripada kamu bertindak akan menyapu debu dari telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya."

Keempat : Mendapat keredaan Allah.

Isteri yang mentaati suami dan melayani dengan baik akan mendapat rahmat dan redha Allah. Seluruh makhluk juga turut beristighfar dan dan mendoakannya. Sebaliknya, jika tidak dapat berbuat begitu Allah pula akan melaknatinya. Sabda Rasulullah Shallalllahu Alaihi Wasallam yamg bermaksud: " Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia masih taat kepada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Jelas dari hadis ini mentaati dan melayani suami menjadi faktor untuk seorang isteri itu mendapatkan keredhaan Allah. Sebab redha suami bererti mendapat keredhaan allah, kemarahan suami bererti kemurkaan Allah.

Kelima : Merebut ganjaran pahala.

Suami menjadi saluran bagi isteri untuk mengaut ganjaran pahala dan kebajikan dengan sebanyak-banyaknya hanya dengan mentaati dan melayaninya dengan sebaik mungkin. Setiap layanan dan kebaikan yang dibuat untuk suami, Allah telah janjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan nikmat syurga yang maha hebat.

Banyak hadis-hadis yang membawa perkhabaran tentang kelebihan dan keistemewaan yang boleh diperolehi oleh isteri yang berkhidmat kepada suaminya. Antaranya sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: " Wahai Fatimah, mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, maka Allah akan memberinya air susu dari sungai-sungai syurga dan diringankan Allah baginya sakaratul-maut dan akan didapatinya kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah dia melintasi titian Sirat."

Isteri yang boleh mencium bau syurga ialah yang patuh kepada suami sama ada didalam keadaan susah atau senang (kecuali yang ditegah agama).

Begitu juga isteri boleh dapat pahala berjihad di jalan Allah hanya dengan melayan suaminya. Sabda Rasulullah Shallalllahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Mana-mana isteri yang merelakan dirinya dijimak oleh suaminya pada malam Jumaat, pahalanya sama seperti orang yang berjuang dimedan perang."

Demikianlah balasan dan ganjaran bagi para isteri yang mentaati dan melayani suami mereka dengan sebaik-baiknya. Ingat hidup hanya lah sekali Sebenarnya bukanlah sukar sangat untuk mendapat dan merebut ganjaran tersebut, apa yang penting bagi kaum isteri tanamkanlah sifat menghormati suami dengan mentaati dan melayaninya dengan sebaik mungkin, walau seburuk mana pun seorang suami jika kita sabar lagi besar akan pahala dan ganjarannya.



Tv n Radio Online