
Selain Jepun, kepulauan Faroe di Denmark juga melakukan aktiviti penangkapan sebegini. Penduduk lelakinya membunuh paus untuk menunjukkan kejantanan dan membuktikan pihak lelaki di kepulauan itu telah masuk ke alam dewasa. Ia merupakan satu amalan tradisi turun temurun yang dinamakan 'grindadrĂ¡p'.

Acara tahunan ini akan menyaksikan air laut pesisir pantai Faroe menjadi merah. Ia dilakukan dengan cara mengepung paus-paus ini menggunakan bot atau kapal kecil dan memaksanya bergerak ke tepi pantai sebelum dibunuh dengan kejam oleh penduduk lelakinya.

Kanak-kanak kebiasaannya akan diberikan cuti untuk menyaksikan acara yang ganas ini. Malah ada yang turut serta dalam aktiviti melapah daging

Tidak seperti Jepun, daging paus ini tidak dijual secara komersial tetapi sekadar dibahagi-bahagikan sesama penduduk setempat dan merupakan diet penduduk Faroe sejak 1000 tahun yang lalu.

Pakar kesihatan baru-baru ini telah mengesahkan bahawa daging paus yang dinamakan "pilot whale" atau nama saintifiknya "Globicephala melaena" ini tidak sesuai dijadikan makanan disebabkan kandungan toksinnya. Ia mengandungi tahap raksa yang agak tinggi. Ramai penduduk yang jatuh sakit atau mati akibat pengambilan dagingnya.

Paus ini boleh mencecah 20 kaki panjang, tinggal berkumpulan (10 hingga 30 ekor), paus betina boleh membesar seberat 1.5 tan dan bukan dari spesis terancam.
Walaupun dipanggil paus, ia masih tergolong dalam keluarga ikan lumba-lumba.