Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

Selamatkan diri anda dari terlibat dgn MENGUMPAT cara MODEN


Hubaya Hubaya Hubaya!!!
Selamatkan diri anda dari terlibat dgn MENGUMPAT cara MODEN!
Dosanya lebih besar dari berzina berulang kali..

Bagaimana kita boleh terlibat dgn mengumpat cara moden ni??
Kita memperkatakan hal/keaiban org lain terutama yg menyentuh peribadi dgn cara;

1- Cari gambar /isu seseorang yg ditohmah.
2- Postingkan/sebarkan di dunia siber like DD dan lainnya..
3- Gambar/isu itu dibaca oleh manusia seantero dunia.
4- Lagi ramai yg baca/copy paste ke laman yang lainya
5- lagi besarlah habuan dosa yg diperolehi.
6- Forumer/pembaca lainya akan copy lg dan lg dan lg..maka bertali hayatlah umpatan itu hingga hari Kiamat. Selagi masih tersave kat mana2 sesawang..Masya Allah.

Camne kita nak mintak maaf dari empunya diri...
INILAH JENAYAH AKHLAK YG BANYAK BERLAKU DI MAYA SIBER, yang paling menyedihkan ialah ianya melibatkan para cendikiawan pelbagai bidang.

Jadinya, maya maya jugak, Nilai dan Akhlak Islam mesti dijaga sebaiknya.
Moga Allah memelihara kita dari terlibat dgn jenayah akhlak ini, Amiin.


Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai:
Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?
(Quran surah al-Hujurat, ayat 12)



Baginda SAW juga bersabda;
Takutlah mengumpat. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah SWT tidak mengampuni orang yang mengumpat sebelum orang yang diumpatnya memaafkannya.



Telah bersabda RasulAllah SAW yang maksudnya;
Sesiapa yang mengumpat, bermaksud menghinakan saudaranya, Allah SWT meletakkannya dijambatan neraka pada hari kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakannya.

Wajiblah bagi orang yang mengumpat menyesal dan bertaubat agar keluar dari hak Allah. Kemudian meminta halal dan meminta maaf atas kezalimannya terhadap orang yang diumpat. Telah bersabda RasulAllah SAW;
Sesiapa yang mengumpat saudara muslimnya, Allah SWT akan memindahkan muka keduburnya pada hari kiamat.


p/s: SAHABAT SEKALIAN please maafkan aku sekiranya aku pernah tersalah kata tergumpat mengata kepadakamu semua samada secara sedar ataupun tidak.aku sedar diri aku ni serba kekurangan dari sudut ilmu,akhlak,mulut dll.
aku memohon jutaan kemaafan kerana aku bimbing takut2 sahabat aku ini ingin membongkarnya di padang masyar kelak maafkan ku.
aku mugkin pernah terkasar bahasa dengan kamu semua aku mohonkan keampunan dari kamu dan jangan lah kamu meminta kebaikan yg ada pada aku hari kiamat nnt kerana aku takut aku salah seorang yang muflis pada hari kiamat nanti maafkan aku.
aku ingin bersama kamu di alam roh dari kalangan orang yg bertakwa dan bahagia aku takut aku di letak bersama orang yang celaka.dan juga bersama mu di dalam syurga.

Kenal Pasti Laptop Korang Jantan atau Betina??

Laptop Jantan atau Betina


Nak tau tak laptop anda semua jantan atau betina? Ingat laptop takde jantina ke? Masa anda beli laptop kena check dulu samada jantan ke betina. Kalau anda lelaki beli laptop yang betina. Kalau perempuan beli la yang jantan. Baru macho..:-p

Ok. Cara-cara nak tahu samada laptop ataupun PC anda jantan ke betina ikut cara di bawah:

1. Pertama sekali copy benda kat bawah ni masuk ke dalam notepad

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"hi aisha"

2. Kemudian save as aisha.vbs

3. Dah siap save klik pada file yang anda save tadi. Kalau yang keluar suara garau tu mestila jantan. Kalau yang suara lembut sikit tu mesti betina. Jangan 2 2 sudah..kahkahkah

Sebenarnya nak save dengan nama apa-apa pun boleh tapi mesti .vbs. Bukan .txt ok. Yang ayat "hi aisha" seeloknya  gantikan dengan nama anda sendiri .

Selamat mencuba..huhu

Pembunuhan paus secara kejam di Denmark

Apabila disebut mengenai pembunuhan atau penangkapan ikan paus, kita akan selalu menuding jari terhadap Jepun. Para pencinta haiwan dan alam sekitar seringkali membuat demontrasi bantahan terhadap aktiviti penangkapan yang dilakukan oleh negara tersebut. Namun begitu, apa yang dilakukan Jepun hanyalah untuk mengekalkan tradisi bagi mendapatkan bekalan makanan yang dilakukan sejak ratusan tahun dahulu.

calderon_dolphin9.jpg

Selain Jepun, kepulauan Faroe di Denmark juga melakukan aktiviti penangkapan sebegini. Penduduk lelakinya membunuh paus untuk menunjukkan kejantanan dan membuktikan pihak lelaki di kepulauan itu telah masuk ke alam dewasa. Ia merupakan satu amalan tradisi turun temurun yang dinamakan 'grindadrĂ¡p'.

whale-killing2.jpg

Acara tahunan ini akan menyaksikan air laut pesisir pantai Faroe menjadi merah. Ia dilakukan dengan cara mengepung paus-paus ini menggunakan bot atau kapal kecil dan memaksanya bergerak ke tepi pantai sebelum dibunuh dengan kejam oleh penduduk lelakinya.

article-0-051E10BF000005DC-431_634x412.jpg

Kanak-kanak kebiasaannya akan diberikan cuti untuk menyaksikan acara yang ganas ini. Malah ada yang turut serta dalam aktiviti melapah daging

whale-killing4.jpg

Tidak seperti Jepun, daging paus ini tidak dijual secara komersial tetapi sekadar dibahagi-bahagikan sesama penduduk setempat dan merupakan diet penduduk Faroe sejak 1000 tahun yang lalu.

article-0-051E103F000005DC-317_634x401.jpg

Pakar kesihatan baru-baru ini telah mengesahkan bahawa daging paus yang dinamakan "pilot whale" atau nama saintifiknya "Globicephala melaena" ini tidak sesuai dijadikan makanan disebabkan kandungan toksinnya. Ia mengandungi tahap raksa yang agak tinggi. Ramai penduduk yang jatuh sakit atau mati akibat pengambilan dagingnya.

article-0-051E10C3000005DC-333_634x810.jpg

Paus ini boleh mencecah 20 kaki panjang, tinggal berkumpulan (10 hingga 30 ekor), paus betina boleh membesar seberat 1.5 tan dan bukan dari spesis terancam.

Walaupun dipanggil paus, ia masih tergolong dalam keluarga ikan lumba-lumba.

Tv n Radio Online