Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

tolong Ingatkan Aku...



Tolong ingatkan aku

Andai aku terlupakan Tuhan


Dalam kelapangan dan kesibukan


Dalam kesenangan dan kesusahan


Tolong ingatkan aku


Jangan jadi anak derhaka


Mak ayah dilupakan jangan


Usah diluka hati dan perasaan


Tolong ingatkan aku


Supaya ingat pesanan guru


Bukan sekadar peringatan


Tapi tarbiyah berpanjangan


Tolong ingatkan aku


Dengarlah dan bacalah al-quran


Tika radio penuh hiburan


Tika tv penuh Hindustan


Tolong ingatkan aku


Di mana Islamnya zahirku


jika aurat didedahkan


disingkat, diketat dan dijarangkan (untuk muslimah je)


Tolong ingatkan aku


Jadilah sahabat yang baik


Sentiasa memberi peringatan


Sentiasa menerima teguran


Tolong ingatkan aku


Kalau bercinta biar keranaNya


Dalam memilih utamakan Iman


Kelak ikatan dihindari syaitan


Tolong ingatkan aku


Hidup ini satu kembara


Kutiplah mutiara dalam perjalanan


Moga di sanamenjadi bekalan


Tolong ingatkan aku


Diri ini milik Yang Kuasa


KepadaNya jiwa diserahkan


Segala-galanya Dialah tumpuan


Tolong ingatkan aku walaupun aku masih ingat


tak semestinya aku ingat semua


Wahai tuhan yaRobbul alamin.....


ampuni dosaku insan yang kerdil ini...


Kerana tidak sempurna seperti Kekasihmu.... Muhamad S.A.W


Kerana aku insan biasa yang sering Lupa Pada mu.......

Tv n Radio Online