Norma AishaNorma Aisha Walaupun Kite Tak Berapa Mesra Or taK BerteGor sApe Tapi KawaN teTap KawaN..

                selamat datang dan Salam Perkenalan...

renungkan sedalam-dalamnya...



Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

I suka ais krimmm you

Sedapnya............minta sikit..

Dog Licking an Ice-cream
Cat Enjoying Ice-cream
Monkey Eating an Ice-cream
Monkey Enjoying an Ice-cream
Dog Eating an Ice-cream
Groundhog with an Ice-cream
 

Sukarnya Memahami Seorang Lelaki

Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma,ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja
memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka.Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya,buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

1.Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2.Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3.Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, `Awak langsung tidak menghormati saya'. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4.Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5.Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya,tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki,ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti,lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu,cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6.Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya) .Tetapi,apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu.Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal,tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu,melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7.Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya,majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan,lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar.Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun,pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun,mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak.Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu.Lelaki hendak juga menjadi romantik,tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9.Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel.Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami).Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10.Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis.Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Susunan ROSMAWATI MION
www.wanita2u. com

some cool gifs pictures..

perhatian: sesaper yang internet dia slow susah le nak nengok..













 











Makin menjadi-jadi, maksiat tak kira tempat.... (18sx)

Sekarang ni maksiat makin menjadi-jadi. Tak kira tempat. Asal boleh jer. Terbaru mangsa dirogol di atas bumbung sebuah rumah oleh 3 jantan secara bergilir-gilir. Memang tak tau malu betul... Aksi ini sempat dirakam oleh lensa kamera seorang jurugambar amatur yang kebetulan melintasi kawasan kejadian. Bagaimanapun, tindakan jurugambar merakam aksi tersebut disambut dengan muka bengis oleh 2 jantan yang seolah² berlagak seperti bodyguard, manakala satu jantan sedang men"gerja"kan mangsa.

.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

apa tengok tengok!!! hehe...

Peristiwa2 menyayat hati di bulan ramadhan...

Antara gambar2 yang sempat diambil....


Mangsa yang bergelimpangan




Antarayang hangus...



Masih kemerahan..



Yang paling menyayat hati...



Yang berdarah....



Yang terkulai....



Dan..adayang tinggal Daging...




hahaha...jadi, bila tgk gambar-gambar dia atas...kawallah nafsu anda bila tiba di baazar ramadhan....jangan jadi seperti gambar

di bawah.......kalau boleh habis tak de hal...





SeLaMaT MenJaLani IbaDaH PuaSa DEnGaN PeNuHKesAbArAN & DuGaaN...MoGA PuAsa KiTa DitErimA oLehNYA...

Cepat abang...URGENT!!!!!!!!!

... petang itu.... " Abg...tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! ".


Hakim baca sms sepantas kilat. Terus call balik phone Ina.

Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms> macam tu.

Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.Dia risaukan kekasih tersayangnya itu.

Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.

Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi.Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina.

Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup

bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak.

Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok

dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina

cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu.

Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah.

Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal> sorang-sorang.Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang'

yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis

baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru,

U baca I love U' bersama> sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...

gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak> Ropiah ibunya Ina yang terjumpa

surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu

kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya.

Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi.

Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab.

Dia amat risau kala itu,fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang

bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam.

Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah

Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni,

ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah

Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan,

ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan.

Dia berdoa sungguh-sungguh.Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak

dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang

mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan.

Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa PERODUA cuti plant shutdown 2 minggu) keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan

dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu. Keretanya

memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah

Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa

ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia> pulas tombol pintu, pintu tak berkunci.

Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia> dengar esakan Ina. Ina> menangis.

Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu> bilik Ina sambil panggil nama Ina.

Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina.> Juga tak berkunci.

Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai,

Ina tekup muka sambil menangis. "Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina.

Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." "Ina, cakap kat abang elok-elok,

apa yang dah jadi" "Hu..hu" esak ina Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau

apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun

berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina,what hell is

going on...tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,Ina tatap wajah Hakim,

Ina renung mata Hakim.MMmm "Bang,...... ..... Ina.. IInaaaa.. Ina... "katanya terhenti-henti..

......

.................

..............................

.........................................

.................................................

.........................................................

..................................................................

.........................................................................

................................................................................

........................................................................................

."Ina ........lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi.""

Nanti cukup 26 hb Nov nie, Ina bayar blk ek?

Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar."...

Terduduk si Hakim!!!

hehehehehhhahahahah

 


Ibu itik panik di jalan New York


GAMBAR yang disiarkan akhbar New York Post semalam menunjukkan ibu itik bersama anak-anaknya menyeberangi sebatang jalan raya di New York kelmarin.





NEW YORK – Seekor ibu itik yang membina sarang di kawasan trafik yang sibuk terbang meninggalkan beberapa ekor anaknya selepas panik apabila beberapa penduduk cuba menyelamatkan anak-anaknya di sebatang jalan raya yang sibuk di sini, lapor New York Post semalam.

Ibu itik itu terbang di dua batang jalan raya sambil mengeluarkan bunyi yang kuat sebagai panduan untuk anak-anaknya melalui satu laluan trafik yang sibuk selepas ditinggalkan oleh ibunya.

Seorang pekerja di Institut Kebudayaan Itali di sini, Valeria Anzolin yang melihat ibu itik yang panik itu sanggup menggunakan kertas akhbar untuk membawa sebahagian daripada anak haiwan tersebut ke tempat ibunya di tepi sebatang jalan raya.

Namun, ibu itik itu hinggap di tempat lain.

Dua anggota renjer di bandar raya itu, Sheridan Roberts dan Sunny Corrao mendapat idea dengan meletakkan anak-anak itik tersebut ke dalam sebuah bekas yang diletakkan di tepi sebatang jalan raya.

Ibu itik itu mendekati bekas itu dan semua anaknya kemudian dibebaskan sebelum renjer tersebut memberi panduan kepada haiwan berkenaan untuk menuju ke sebuah tasik berdekatan. – Agensi

Berhati-hatilah kalau dapat Virus camnieeee.

Ragam Manusia..


 Cuma dalam keretapi, kita dah boleh tengok macam-macam peel manusia. tergeletek gak aa pankreas, tapi kalau kena kat diri sendri ada orang landing tido kat bahu kita, kompem kena karate lah itu orang.











 

Tv n Radio Online